Home » Citra Yadim » Ziarah asnaf, Is’ad Al Usrah di Batu 32 Kampung Kuala Linggi

Ziarah asnaf, Is’ad Al Usrah di Batu 32 Kampung Kuala Linggi

TANJUNG DAHAN – Inisiatif Is’ad Al Usrah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, diteruskan pula di Batu 32.

Terkini pada 20 Disember, YADIM menyantuni seorang warga emas, Robiah Osman menerusi pembaikan tandas di kediamannya.

Sebanyak RM2000 diperuntukkan untuk tujuan berkenaan.

YADIM serta rakan kerjasamanya, badan bukan kerajaan MyFundaction turut menyumbang barang keperluan harian kepada Robiah.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya. Hadir sama ialah Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Seramai 10 orang Sukarelawan YADIM Melaka turut serta dalam program ini.

Selain itu persekitaran luar kediaman juga dibersihkan oleh kakitangan YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *