20 pemandu E-Hailing Kubang Pasu disantuni

KUBANG PASU – Dengan banyak kawasan di negeri ini diisytiharkan sebagai Zon Merah,  menyebabkan pergerakan orang ramai terbatas. Justeru, pemandu E Hailing merupakan antara mereka yang terjejas secara langsung dengan situasi tersebut. Bagi menyantuni mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Ogos telah mengadakan satu acara ringkas bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian […]

Musa’adah Covid-19 di Bandar Baharu

KULIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan Program YADIM Peduli-Musaadah Covid 19 3.0 pada 7 Ogos 2021 di sekitar bandar ini. Dengan  kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Belia Bandar Baharu, seramai 40 keluarga yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni. Para penerima terdiri daripadaibu tunggal, warga emas, pesakit kronik […]

50 keluarga termasuk bukan Muslim disantuni YADIM Kedah

BUKIT KAYU HITAM – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan di kawasan ini menyebabkan ramai penduduk yang perlu disantuni. Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Julai menyantuni 50 keluarga di sini dengan pemberian barangan keperluan dapur. Mereka yang dibantu termasuklah keluarga berbangsa India dan Cina dari Taman Sayang dan […]

“Dengan keadaan lani, makan ja apa yang ada.”

KEPALA BATAS – Di sebalik wajah tenang, terselit pelbagai kisah di tanggung seorang ibu empat orang anak, Rozita Harun. “Maaf kak, lewat sampai,” ujar kami sebaik tiba di pintu kediaman seorang pemohon Telebantuan. “Takpa, nak mai (datang) bila pun, kak boleh tunggu, anak anak pun dah besa (biasa) macamni, dengan keadaan lani (sekarang), makan ja […]

50 keluarga OKU disantuni YADIM Kedah

KUALA KEDAH – Nasib Orang Kelainan Upaya tidak pernah dilupakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Jika mereka yang sempurna juga terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, apatah lagi mereka ini. Justeru pada 6 Ogos, seramai 50 keluarga OKU disantuni YADIM Kedah di sini menerusi pemberian barangan keperluan harian. Masyarakat perlu sedar bahawa mereka dilahirkan […]

Komuniti Gurun disantuni YADIM Kedah

GURUN – Pelbagai golongan komuniti yang memerlukan di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Ogos menerusi pemberian barangan keperluan harian. Sebanyak tujuh keluarga, terdiri daripada pesakit kanser, pemohon TeleBantuan, asnaf dan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan dari Kampung Sungai Rotan, Kampung Batu 5 dan Padang Lembu di santuni YADIM […]

“Tak apa, saya pasrah.”

SIDAM KIRI – Wajib seorang ketua keluarga untuk melaksanakan tanggungjawabnya mencari rezeki dan memberi nafkah kepada keluarganya. Namun apakan daya kadangkala takdir dan perancangan Allah menentukan segalanya. Zaini Abd. Aziz dari Sidam Kiri di sini diserang barah tulang tiga tahun lalu. Akibatnya dia terpaksa merelakan kakinya dipotong untuk mengelakkan jangkitan merebak. Sejak dari itu, ayah […]

Musaádah YADIM 3.0 di Kampung Pondok Chegar

PENDANG – Seramai 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Pondok Chegar di sini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YAFDIM) Kedah pada 30 Julai menerusi program Musaádah YADIM 3.0. Mereka terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik dan individu yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini masih berkuatkuasa. Sumbangan yang disampaikan berbentuk […]

Musaadah 3.0 YADIM Kedah di Kampung Hujung Keton dan Kampung Lincan

PENDANG – Golongan yang memerlukan akibat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Hujung Keton dan Kampung Lincan di sini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 29 Julai. Seramai 20 keluarga warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal dan lain lain yang memerlukan disantuni dalam program ini. Mereka menerima barangan keperluan […]

Agihan 200 Bungkus Daging Korban Untuk Penduduk Kampung Setar Dan Kampung Perupok

YAN – Yayasan Dakwah Islmiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 23 Julai telah mengagihkan lebih 200 bungkus daging korban kepada penduduk Kampung Setar dan Kampung Perupok di sini. Program korban ini diadakan dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al Fityan, Muslim Care Malaysia, Badan Kebajikan Islam Petronas( BAKIP) dan Surau Al Muhsinin KLCC. Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia […]