“Makcik dah besa dok sorang, ada orang mai tengok.”

SERDANG – Rakyat Malaysia amat terkenal suka membantu, tidak teragak-agak menolong sesiapa saja tidak kira bangsa dan agama, kini kepayahan kehidupan yang kian menghimpit menaikkan lagi keprihatinan kita untuk membantu sesama sendiri. Pada 18 Julai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menziarahi dan menyantuni Eishah Harun, 68 tahun, warga emas ibu tunggal yang tinggal bersendirian di […]

Sumbangan untuk petugas SJR Kuala Muda

KUALA MUDA –  Prihatin dengan kebajikan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di tujuh Sekatan Jalan Raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyampaikan sumbangan di Sub-Tek EMCO Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Sebanyak 20 kotak air mineral, lima kotak air minuman dalam kotak dan lima kotak […]

Musa’adah YADIM Kedah di Belantik

SIK – “Sik daerah yang kaya dengan kemiskinan”…. Demikian kata-kata Allahyarham Prof Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara dan mantan Ahli Parlimen Sik suatu ketika dahulu yang menggambarkan ramainya penduduk yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinin di daerah ini. Alhamdulillah, hari ini daerah Sik sudah banyak berubah, kadar kemiskinan sudah berkurangan, taraf kehidupan semakin […]

Sumbangan Aidiladha SAY Sungai Petani

SIDAM KIRI – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani meneruskan usahanya menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di kawasan ini. Terbaharu pada 17 Julai sebanyak 15 keluarga dari golongan pesakit kronik, ibu tunggal dan warga emas disantuni . Mereka merupakan penduduk dari Kampung Lubuk Saga, Kampung Padang Buluh dan Kampung Baru Pinang Tunggal. […]

Sumbangan untuk penduduk Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Seramai 20 keluarga di Taman Ria Jaya di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Julai. Mereka terdiri daripada penduduk yang terkesan secara langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dikuatkuasakan di kawasan ini. Dua daripada mereka yang menerima sumbangan ini memohon bantuan menerusi […]

Sumbangan untuk warga Bandar Baharu oleh YADIM Kedah – Veteran TUDM

MERBOK – Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Bandar Baharu, penduduknya memohon agar diberikan bantuan kepada mereka. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Merbok menyantuni warga kawasan berkenaan pada 15 Julai. Turut terlibat dalam inisiatif ini ialah Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar […]

KOTA KUALA MUDA – Pandemik Covid-19 yang berlarutan menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan kekurangan pendapatan, termasuklah golongan nelayan. Prihatin dengan nasib mereka, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani pada 15 Julai turun padang menyantuni komuniti nelayan di Kampung Padang Sungai Yu di sini. Sebanyak 15 keluarga nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada […]

YADIM Kedah santuni Peneroka FELDA Sg.Tiang dan KEDA Paya Lipai

PENDANG – Dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan, sebanyak 30 keluarga di FELDA Sungai Tiang dan Desa KEDA Paya Lipai di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Julai. Mereka terdiri daripada keluarga ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik dan golongan B40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan […]

Musaádah 3.0 santuni warga Pondok Pondok Ribat Nasrul Muhajirin dan Pondok Al Hidayah Al Hukmiah

KUBANG PASU – Warga pondok Ribat Nasrul Muhajirin dan Pondok Al Hidayah Al Hukmiah di sini, menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Julai. Turut disantuni ialah sebanyak tiga keluarga di sini yang dikenalpasti memerlukan bantuan. Keseluruhannya, sebanyak 30 kotak makanan disumbangkan. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kelas […]

SAY Sungai Petani santuni keluarga di Taman Peruda

SUNGAI PETANI – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih lagi dilaksanakan menyebabkan ramai penduduk yang terkesan perlu dibantu. Bertindak atas situasi tersebut, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani pada 14 Julai menyantuni lima keluarga di Taman Peruda di sini. Mereka menerima keperluan barangan dapur dan sedikit kudapan untuk sambutan Aidiladha antaranya kuih bahulu dan […]