Home » Citra Yadim » 50 keluarga termasuk bukan Muslim disantuni YADIM Kedah

50 keluarga termasuk bukan Muslim disantuni YADIM Kedah

BUKIT KAYU HITAM – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan di kawasan ini menyebabkan ramai penduduk yang perlu disantuni.

Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Julai menyantuni 50 keluarga di sini dengan pemberian barangan keperluan dapur.

Mereka yang dibantu termasuklah keluarga berbangsa India dan Cina dari Taman Sayang dan Taman Meranti di sini.

Sumbangan disampaikan oleh
Pengerusi Jawatankuasa  Kebajikan Kedah, Yang Berhormat Hajah Halimaton Shaadiah Saad, bertempat di ruang legar Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bukit Kayu Hitam.

Turut hadir ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Penghulu Mukim Temin, Azhari Syafie, Pengerusi Dhuafa’ Sejahtera, Ustaz Mohd Amin Ismail, Timb. Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat, Abd Hamid Sulaiman dan Setiausaha 1 Majlis Dakwah Negara, Haji Ahmad Fuad Ashaari.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *