20 pemandu E-Hailing Kubang Pasu disantuni

0
113

KUBANG PASU – Dengan banyak kawasan di negeri ini diisytiharkan sebagai Zon Merah,  menyebabkan pergerakan orang ramai terbatas.

Justeru, pemandu E Hailing merupakan antara mereka yang terjejas secara langsung dengan situasi tersebut.

Bagi menyantuni mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Ogos telah mengadakan satu acara ringkas bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 20 pemandu berkenaan di sini.

- advertisement -

Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustsz Mohd Aizat Zakaria bertempat di Padang Taman Tunku Maheran.

Turut hadir wakil kawasan perkhidmatan E-Hailing, Sofiah Auliya, Pengerusi Persatuan Dhuafa’ Sejahtera, Ustaz Mohd Amin Ismail, Timbalan Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat, Abd. Hamid Sulaiman dan Setiausaha Majlis Dakwah Negara Kedah, Haji Fuad Ashaari.

Terdahulu YADIM Kedah dan rakan rakan strategiknya menyampaikan sumbangan berupa 20 kotak air mineral, 40 kotak pelitup muka dan 20 kotak  cecair pembasmi kuman kepada wakil Pusat Pemberian Vaksin Tunku Anum, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kubang Pasu, Tuan Adenin Shuhaimi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here