Lelaki 100 tahun, bekas guru Al Quran, ibu tunggal antara disantuni YADIM – CIMB Islamic

PASIR PUTEH – Seramai enam lagi asnaf yang memerlukan disantuni dalam program YADIM Peduli: Bantuan Ramadhan/Aidilfitri bersama Cimb Islamic Bank Berhad di sini pada 10 Mei. Kali ini asnaf yang dikenalpasti memerlukan merupakan penduduk dari Kampung Kenak, Bunut Susu, Kampung Bakong, Pasir Mas dan Kampung Gong Serai Hilir, di sini. Antara yang menerima bantuan ialah […]

Sukarelawan Yadim Jajahan Machang santuni asnaf

MACHANG – Menjelang hari hari terakhir Ramadan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Machang meneruskan program ziarah asnaf mereka ke Kampung Bukit Bakar, Kampung Takel Luar, Kampung Belukar Kubur dan Kampung Kelaweh di sini. Sebanyak 15 keluarga miskin tegar, Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik telah disantuni menerusi ziarah ini. Sumbangan barangan keperluan harian telah […]

Sukarelawan YADIM Jeli santuni asnaf

JELI – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (IRSYAD 360) diteruskan pada 5 Mei oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jeli dengan menziarahi asnaf  di Kampung Lawang , Kampung Kelewek, Kampung Plain dan Kampung Kelisar di sini. Sebanyak 9 keluarga miskin tegar dan sakit terlantar telah disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian. […]

Sumbangan Iftar Orang Asli Pos Tuel

GUA MUSANG – Sempena program Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360), YADIM Kelantan pada 4 Mei telah menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Ber, Pos Tuel di sini. Program ini diadakan dengan kerjasama Daei Orang Asli YADIM Ustaz Sugie Angah. Seramai 250 penduduk dari 45 keluarga menerima juadah iftar yang disediakan secara gotong royong oleh […]

Kongsi Rezeki Berbuka Puasa Bersama Pengawal Keselamatan Pusat Membeli Belah

KOTA BHARU- Selepas pengawal keselamatan di hospital dan sekolah, kini giliran mereka yang bertugas di pusat membeli belah disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 3 Mei. Juadah berbuka puasa nasi ayam dan air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang kepada 50 orang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat […]

YADIM Kelantan Santuni Pengawal Keselamatan Sekolah Sekitar Kota Bharu

Kota Bharu – Juadah berbuka puasa berupa nasi ayam disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan kepada para  pengawal keselamatan sekolah di sini pada 1 Mei. Seramai 50 orang pengawal keselamatan dari 21 sekolah sekitar bandaraya ini disantuni dalam program ini. Ia merupakan sebahagian pengisian program Ihya Ramadan Sebulan YADIM Kelantan. Sumbangan disampaikan oleh […]

SAY Pasir Puteh santuni asnaf

PASIR PUTEH – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) diteruskan pada 1 Mei oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pasir Puteh dengan menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Jawa, Kampung Bukit Abal, Kampung Padang Pak Amat dan Kampung Gong Manak di sini. Sebanyak 15 keluarga miskin tegar dan pesakit kronik  telah […]

YADIM Kelantan Ziarah Pesakit Kanser Hidung

MACHANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah meluangkan masa menziarahi Mariah Ismail, 61 tahun di Hospital Machang, yang sebelum ini kisahnya viral di media sosial. Makcik Mariah kini di hospital tersebut bagi menjaga anaknya,  Abdul Halim Mat Hasan 27 tahun terlantar akibat mengalami kanser pangkal hidung sejak 7 tahun lalu. […]

SAY Tumpat santuni asnaf  Kampung Ketil dan Kampung Haji Merah

TUMPAT – Kampung Ketil dan Kampung Haji Merah di sini merupakan lokasi terbaharu disantuni Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY). Pada 30 April, SAY Tumpat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga yang memerlukan di dua kampung ini. Bantuan berupa barangan keperluan harian telah diserahkan oleh Ketua SAY Tumpat, Ustaz Muhd Najib Shukri Saghiri. Turut […]

YADIM Kelantan santuni pelajar Maahad Tahfizul Quran Al Ikhlas

BACHOK – Siri Ziarah kasih sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 28 April oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan menyantuni pelajar di Maahad Tahfizul Quran Al Ikhlas di Kampung Wakaf Zin di sini. Seramai 50 orang pelajar berumur antara 11 hingga 19 tahun sedang mengikuti pengajian tahfiz di sini. Bantuan […]