YADIM Kelantan santuni asnaf di Kampung Pulau Sa

PASIR PUTEH – Ziarah prihatin asnaf Yayasa Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diteruskan poada 13 April ke Kampung Pulau Sa, Gaal. Sebanyak enam keluarga yang terdiri daripada ibu tunggal dan sakit terlantar telah diziarahi. Sumbangan berupa bekalan makanan asas,roti dan buah kurma telah diserahkan kepada keluarga yang terlibat. Kurma adalah sumbangan dari Pejabat Ahli Dewan […]

Smart Solat Anjuran Fit Malaysia Kota Bharu Dan YADIM

KOTA BHARU – Semakin banyak program sempena menyambut kedatangan Ramadan diadakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Terbaharu sebagai pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (Irshad 360), YADIM Kelantan dengan kerjasama Fit Malaysia Kota Bharu menganjurkan program Smart Solat di Masjid Al Mustaqim di sini. Hadir menyampaikan ceramah ialah Pegawai Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri […]

Is’ad Al Usrah di Kampung Belukar

BACHOK –  Bagi Mohd Faisol Mat Rawi tiada apa yang lebih diingininya melainkan memberikan kediaman selesa untuk keluarganya. Dia kini tinggal bersama ibu mertuanya di Kampung Belukar di sini telah lama berhasrat untuk mendiami rumahnya sendiri. Walaubagaimanapun, bapa kepada lima anak yang  bekerja sendiri ini terjejas teruk pendapatannya akibat penularan Covid-19. Ekoran itu, pembinaan rumah […]

IRSYAD 360 YADIM Kelantan di Kampung Mentuan

KOTA BHARU – Program Ihya Ramadan Sebulan YADIM terus rancak dilaksanakan oleh badan dakwah ini. Terbaharu di Masjid Al-Ihsan Kampung Mentuan, di sini pada 8 April, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan kuliah Maghrib bertajuk “Persediaan Menyambut Ramadhan”. Ia disampaikan oleh Ustaz Aziz Yahya. Turut hadir Pengerusi merangkap Iman Tua Masjid Al-Ihsan Ustaz […]

YADIM-Jakel santuni Veteran ATM Kelantan Sempena Ramadan

KOTA BHARU – Tiada siapa dapat menafikan sumbangan jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  yang menyabung nyawa menjaga kemananan negara. Justeru bagi menghargai peranan mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 7 April telah bekerjasama dengan syarikat tekstil terkemuka negara, Jakel Sdn Bhd bagi membantu meringankan beban dan memberi keceriaan kepada para […]

Ziarah Kasih Klien AADK di DUN Semerak

PASIR PUTEH – Mendekati golongan yang berusaha memulihkan dan menjauhkan diri daripada najis dadah adalah salah satu elemen penting dalam pemulihan mereka. Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 6 April telah menziarahi tiga klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Dewan Undangan Negeri Semerak di sini. Program ini dijayakan […]

YADIM Peduli : Musa’adah Asnaf di Gunung Reng, Batu Melintang

JELI – Menyantuni dan menziarahi orang yang sakit amat dituntut dalam Islam. Justeru itu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 5 April telah melakukan kunjungan kepada keluarga asnaf yang memerlukan diKampung Gunung Reng dan Batu Melintang di sini. Sebanyak 15 keluarga dikunjungi dan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan. Mereka merupakan pesakit […]

Program Irsyad 360 YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Sebagai persediaan menjelang Ramadhan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mula melaksanakan program program bagi menyambut bulan mulia tersebut. Pada 2 April, YADIM Kelantan mengadakan kuliah Maghrib bertajuk “Persediaan Menyambut Ramadhan” di masjid Permatang Sungkai  sempena program Irsyad 360. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Haji Baharin Yusoff, Imam tua Masjid As Salam,  Pengkalan […]

YADIM Peduli : Musa’adah Asnaf Penduduk Kampung Selor

KOTA BHARU – Seramai 50 penduduk Kampung Selor Limbat di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 1 April. Sumbangan ini merupakan inisiatif meringankan beban mereka yang terjejas dengan Covid-19 menerusi program YADIM Peduli. Hadir menyampaikan sumbangan dalam progam di Madrasah Haji Abidin Ibrahim di sini ialah Pengarah […]

Kembara Dakwah masyarakat orang Asli Pos Balar

GUA MUSANG – Hidup di pendalaman jauh dari kota dan kemudahan awam sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk masyarakat orang Asli Pos Balar. Jalan yang menghubungkan bandar terdekat, Gua Musang kadang kala mengambil masa sehingga lapan jam untuk dilalui seandainya hujan turun membasahi bumi. Selama dua hari pada 26 dan 27 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia […]