Barangan penjagaan kebersihan untuk Pusat Pemulihan Akhlak Machang

MACHANG – Pada 24 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mengadakan program YADIM Peduli Musaádah 2.0 di Pusat Pemulihan Akhlak Machang di sini. Sebanyak 400 pasang sarung tangan, 2,000 unit pelitup muka dan 24 botol cecair nyahkuman disampaikan untuk kegunaan para petugas di pusat berkenaan. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang […]

Dua keluarga memerlukan terima sumbangan YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 23 Mac telah membantu dua keluarga yang memerlukan di sini. Hidayatullah Mat Rahim berumur 31 tahun menetap di kampung Wakaf Stan, Kota Bharu di sini.  Sebelum ini bekerja menjual buah-buahan, namun kini terlantar di rumahnya selepas terkena serangan angin ahmar kali kedua pada 9 Februari […]

Ini rumah ?

PASIR PUTEH – Betulkah ada orang tinggal di sini ? Itu yang pertama terfikir sebaik sampai di kediaman Puan Rose Monaliza Ramli di sini. Dari kejauhan boleh dilihat rumah dua tingkat itu….tetapi kelihatannya ia belum siap dan terbengkalai. Menurut Rose Monaliza, dia sebelum ini tinggal di rumah itu, namun kemudiannya terpaksa menumpang di kediaman anak […]

Keluarga tinggal di rumah dhaif disantuni YADIM

SELISING – Meruntun hati dan jiwa. Begitulah keadaan rumah Puan Mek Yah Abdul Halim di sini yang disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 18 Mac. Rumah kayu dhaif itu berlubang di sana sini, papannya reput, atapnya tidak mempunyai siling menyebabkan bahang panas begitu terasa dalam keadaan cuaca kering sekarang. Meskipun diuji hidup dalam keadaan […]

Is’aadul Usrah dan Musa’adah di Masjid Tengku Abdul Halim, Tualang Tinggi

PASIR PUTEH – Program Musa’adah menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan di negeri ini dengan Selising di sini menjadi lokasi terbaharu program pada 18 Mac. Lebih unik, kali ini ia dilaksanakan bersekali dengan Is’aadul Usrah di Masjid Tengku Abdul Halim di sini. Seramai 100 asnaf yang memerlukan menerima sumbangan barangan keperluan harian […]

Seperti kena kanser!

KOTA BHARU – “Sekarang seperti kena kanser tahap tiga dan hampir ke tahap empat,”demikian yang cuba digambarkan oleh pemandu bas sekolah di Kelantan mengenai nasib mereka yang terkesan dengan Covid-19. Mereka memberitahu, banyak syarikat bas yang sudah gulung tikar dan para pemandu bas di negeri ini mengharapkan agar mereka dibantu. Prihatin dengan nasib golongan ini, […]

YADIM Kelantan santuni pengayuh beca Kota Bharu

KOTA BHARU – Tiada siapa dapat menafikan pengayuh beca kini bergelut untuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Dengan bergantung semata mata kepada pelancong untuk mendapatkan pendapatan, yang juga semakin berkurangan, kini berdepan pula dengan risiko penularan Covid-19. Menyedari golongan ini berdepan dengan kesulitan berganda, Yayasan dakwah islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tampil membantu mereka menerusi […]

YADIM Kelantan Santuni Pemandu Bas Ekspress Dan Bas Persiaran

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan akibat penularan Covid-19 menyukarkan kehidupan semua. Dengan pergerakan orang ramai yang terhad, sudah tentu memberikan kesulitan kepada penyedia perkhidmatan pengangkutan. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Februari telah menyantuni 98 orang pemandu bas ekspress dan bas persiaran yang terjejas pendapatan akibat […]

Kursus Jenazah untuk Fit Malaysia Kota Bharu

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, dengan kerjasama Persatuan FIT Malaysia Kota Bharu dan Masjid Al-Mustaqim Kompleks Perumahan Polis, Wakaf Mek Zainab telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Jenazah di sini pada 27 Februari. Dihadiri seramai 55 orang ahli persatuan berkenaan, Persatuan Keluarga Polis, persatuan Nazz Fitness dan Amal SMI, ia menampilkan Ustaz […]

Yadim Kelantan ziarah asnaf dan pesakit kronik

TUMPAT – Bertempat di Kampung Neting di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Februari telah menyantuni tiga pesakit kronik di kawasan ini. Yanti Ab Rashid yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman dalam paru-paru sejak sebulan yang lalu adalah yang pertama disantuni. Wanita ini dijaga anaknya, yang terpaksa berhenti berniaga Roti John untuk menjaga […]