3 PPV dan 1 PKRC terima sumbangan YADIM Sarawak

KUCHING – Pada 23 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak berkunjung ke daerah Simunjan, Lundu dan Bau bagi menyampaikan sumbangan 130 kotak air minuman kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di tiga daerah berkenaan. Di Simunjan, sebanyak 30 kotak air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM […]

Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM 1442 CIMB Islamic di Bau.

BAU – CIMB Islamic Bank Berhad sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) di negeri ini menyantuni golongan yang memerlukan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.   Jika sebelum ini, program Bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM diadakan di Kuching, kali ini ia diadakan Dewan Kampung Bunga Rampai Batu Kitang di sini menyantuni seramai 30 orang asnaf […]

Nasi kerabu untuk Kongsi Rezeki YADIM Sarawak

KUCHING  – Bersempena dengan program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuching telah mengagihkan 100 pek makanan berupa nasi kerabu di sekitar bandaraya  ini pada 7 Mei. Pengagihan pek makanan tersebut telah bermula pada jam 3.00 petang. Destinasi pertama agihan pek makanan tersebut adalah di Rumah […]

Sertai SAY untuk bina keterampilan diri

KUCHING  – Golongan muda di negeri ini digalakkan menyertai Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) bagi membina keterampilan dan mengembangkan jati diri mereka. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, penyertaan dalam aktiviti kesukarelawanan memberikan pelbagai manfaat untuk anak […]

Kongsi Rezeki : Agihan untuk warga UNIMAS

SAMARAHAN – Bersempena dengan Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak pada 6 Mei telah mengadakan program agihan bubur lambuk kepada warga Universiti Malaysia Sarawak. Bermula jam 10 pagi, peserta yang terlibat telah bergotong royong menyedia dan memasak juadah tersebut. Agihan bermula sekitar jam 2.45 petang dengan penyerahan bubur lambok kepada […]

Program Musaadah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan

SEMATAN – Selepas Asajaya, program Musaádah Ramadan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan ke kawasan ini bagi menyantuni warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan. Perjalanan ke sekolah ini mengambil masa 2 jam 30 minit dari bandaraya Kuching dengan menaiki feri mengharungi Sungai Rambungan. Program kali ini disertai Hornbill Triton Club yang membantu dari segi […]

30 Pek Makanan Untuk Sekolah Menengah Hajjah Laila Taib

KOTA SAMARAHAN – Pada 4 Mei, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyampaikan 30 pek kotak makanan asas keperluan dapur mengandungi beras, gula, perisa minuman, roti bungkus, mee bungkus, kicap dan sos kepada  Sekolah Menengah Hajjah Laila Taib di sini. Sumbangan telah disampaikan oleh pegawai YADIM Sarawak, Mohd Subri Haji Rafa-Ee kepada Penolong Kanan Pentadbiran […]

Ziarah Musa’adah Ramadan YADIM Sarawak

BAU – Sebanyak tujuh keluarga diKampung Bunga Rampai di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dalam sesi ziarah pada 1 Mei. Mereka menerima barangan keperluan harian yang disampaikan oleh pegawai YADIM Sarawak, Mohd Subri Haji Rafaee dan Afsan Mohamad. Terdahulu, YADIM Sarawak juga menziarahi kediaman sebuah keluarga saudara kita di Kampung Benuk Jalan […]

Agihan Bubur Daging Di Jalan Sultan Tengah Semariang

SEMARIANG – Bersempena dengan Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360),  YADIM Sarawak telah melaksanakan program kongsi rezeki dengan mengagihkan bubur daging kepada orang ramai di Jalan Sultan Tengah Semariang pada 30 April. Program kongsi rezeki ini bermula pada jam 10 pagi apabila kakitangan YADIM dibantu Sukarelawan YADIM bergotong-royong memasak bubur di perkarangan […]

I.R.S.YAD 360° YADIM Sarawak :
Muhassoh Ramadan 1442H

SAMARAHAN – Seawal jam 8 pagi, pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 April bertolak ke Asajaya di sini bagi menyantuni 30 asnaf di sana. Untuk ke lokasi pertama di Kampung Beliong, mereka perlu menaiki perahu sebelum dapat tiba di sana. Di sini sebanyak 15 pek barangan keperluan harian disampaikan oleh pegawai YADIM, […]