Home » Citra Yadim » 3 PPV dan 1 PKRC terima sumbangan YADIM Sarawak

3 PPV dan 1 PKRC terima sumbangan YADIM Sarawak

KUCHING – Pada 23 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak berkunjung ke daerah Simunjan, Lundu dan Bau bagi menyampaikan sumbangan 130 kotak air minuman kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di tiga daerah berkenaan.

Di Simunjan, sebanyak 30 kotak air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat yang diterima secara simboliknya oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais.

Acara ini berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Gedong yang dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin di kawasan tersebut.

Turut hadir adalah Abdul Khalid, Pegawai Daerah Simunjan dan Awang Saferi, wakil daripada Pejabat Parlimen Batang Sadong. Dalam majlis berkenaan, Awang Dulhadi memaklumkan akan menambah jumlah air minuman berkenaan bagi menampung keperluan petugas dan penerima vaksin sepanjang proses vaksinasi sehingga 30 Jun 2021.

Misi ini turut disertai Saudara Zamri Bali, Penolong Pengarah YADIM Negeri Sarawak dan 2 orang Sukarelawan YADIM. Jarak dari Pejabat YADIM Sarawak ke Kampung Gedong adalah 96 kilometer yang mengambil masa kira-kira 1 jam 43 minit.

Pada masa yang sama, satu pasukan lagi telah digerakkan ke  Lundu bagi menyantuni petugas PPV di Dewan Suarah Daerah Lundu serta petugas kesihatan di PKRC Lundu.

Perjalanan ke daerah ini mengambil masa 1 jam 47 minit dari Pejabat YADIM Negeri Sarawak.

Rombongan ini disertai Saudara Ramzi Razak dan Saudara Abuza Zaifarrudin Zaini.
.
Di PPV Lundu, sumbangan sebanyak 20 kotak air minuman diserahkan kepada Gustian Haji Durani,  Pegawai Daerah Lundu. Menurut beliau, selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ini adalah sumbangan pihak luar pertama yang baru mereka terima setakat ini. 
.
Di PKRC Lundu pula, sumbangan sebanyak 30 kotak air minuman pula telah diserahkan kepada  Malfred anak Ramlee, Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Pusat berkenaan.
.
Tim ini kemudiannya bergerak ke Bau bagi meneruskan misi seterusnya. Jarak di antara Daerah Lundu dan Daerah Bau adalah sepanjang 60 kilometer yang mengambil masa 1 jam14 minit.

Sebanyak 50 kotak lagi air minuman disampaikan kepada Puan Milyana Arshad selaku Penyelaras PPV Daerah Bau.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *