Sumbangan peralatan berniaga untuk ibu tunggal di Tambirat

SAMARAHAN – Membesarkan anak anak tanpa pekerjaan tetap memberikan cabaran yang cukup besar, apatah lagi jika yang memikul tanggungjawab tersebut adalah seorang ibu tunggal. Namun itulah yang dihadapi Nayah Sedi dari Kampung Tambirat di sini. Tanpa sumber pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, wanita ini berusaha gigih membesarkan lima anaknya […]

YADIM Sarawak santuni klien AADK

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 8 Mac telah berkunjung ke pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini bagi menyantuni klien agensi berkenaan dalam Program Bantuan Musaadah 2.0 Negeri Sarawak. Sebanyak 55 kotak barangan keperluan harian seperti beras, tepung, mee hoon, roti bungkus, perisa minuman, gula, kicap dan sos diserahkan kepada […]

YADIM santuni golongan memerlukan Samarahan

SAMARAHAN – Pada 7 Mac, kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sukarelawan YADIM Kuching  telah meneruskan aktiviti amal dengan mengagihkan pek makanan kepada golongan yang memerlukan di bahagian ini. Seramai 11 orang ahli Sukarelawan YADIM termasuk tiga Pegawai YADIM Sarawak telah terlibat untuk menyampaikan pek makanan tersebut yang mengandungi beras 10 kilogram, kicap, sos, […]

YADIM Sarawak Santuni Komuniti Bidayuh di Bau

BAU – Kampung Tringgus Rabak Rotan di sini telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Mac menerusi program Musaádah YADIM 2.0. Sebanyak 24 pek makanan mengandungi beras, telur, mee segera, roti kering, minyak masak, gula, kicap, sos dan dan topeng pelitup muka diserahkan kepada komuniti Bidayuh di kampung berkenaan bagi meringankan beban […]

100 pek Nasi Arab Kambing buat penghuni Baiturrahmah dan Orang Awam

KUCHING – Seperti biasa pada setiap minggu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Sukarelawan YADIM melaksanakan Program Kongsi Rezeki dan pada 27 februari, ia mensasarkan pelajar daripada anak-anak saudara kita dan orang awam. Sedikit kelainan pada kali ini apabila salah seorang ahli sukarelawan YADIM Kuching berhajat untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak beliau dengan […]

YADIM Sarawak santuni mangsa banjir kilat di Kota Samarahan

SAMARAHAN – Hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu menyebabkan sebahagian Kuching dan bahagian ini dilanda banjir kilat. Ekoran itu, dua Pusat Penempatan Semula (PPS) di bahagian berkenaan. Ini merupakan gelombang ketiga banjir di Sarawak selepas gelombang pertama pada 13 Januari dan kedua pada 31 Januari lalu. Sebagai usaha menyantuni mangsa kejadian ini, Yayasan […]

Kongsi rezeki di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik

KUCHING – Program Kongsi Rezeki oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik di sini. Kali ini, sebanyak 250 pek bubur lambuk diagihan kepada ahli jemaah serta penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya. Pengagihan turut diadakan kepada orang awam yang tinggal dan lalu lalang serta peniaga yang menjalankan perniagaan […]

YADIM Sarawak bantu mangsa kebakaran Flat Taman Suria Jaya

MATANG – Sebanyak 14 unit kediaman di Flat Taman Suria Jaya di sini terbakar pada awal pagi hari ini (10 Februari). Seramai lima penghuni cedera dalam kejadian berkenaan, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Prihatin dengan nasib penghuninya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak segera tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Walaupun 13 daripada 14 pemilik kediaman […]

YADIM Sarawak santuni mangsa banjir Serian

SERIAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawakdan Sukarelawan YADIM Kuching pada 8 Februari telah berkunjung ke daerah ini bagi menyantuni mangsa mangsa banjir. Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang pertama dilawati adalah Dewan Masyarakat Serian yang menempatkan 148 mangsa daripada 52 keluarga. YADIN Sarawak telah menyampaikan 52 pek makanan kering kit pembersihan peribadi dan lampin […]

YADIM Peduli di Kampung Simpang Tiga, Kampung Sungai Batu dan Sungai Lumut

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 7 Februari telah melaksanakan Program Yadim Peduli untuk mangsa banjir dan asnaf hari ini di dua lokasi. Seramai 5 orang kakitangan terlibat iaitu Penolong Pengarah YADIM Sarawak dan empat Sukarelawan YADIM Sarawak. Lokasi pertama program ialah Kampung Simpang Tiga di sini. Di lokasi ini, YADIM Sarawak […]