Home » Citra Yadim » 100 pek Nasi Arab Kambing buat penghuni Baiturrahmah dan Orang Awam

100 pek Nasi Arab Kambing buat penghuni Baiturrahmah dan Orang Awam

KUCHING – Seperti biasa pada setiap minggu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Sukarelawan YADIM melaksanakan Program Kongsi Rezeki dan pada 27 februari, ia mensasarkan pelajar daripada anak-anak saudara kita dan orang awam.

Sedikit kelainan pada kali ini apabila salah seorang ahli sukarelawan YADIM Kuching berhajat untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak beliau dengan mengorbankan seekor kambing sebagai bahan utama penyediaan nasi arab.

Penyediaan nasi arab bermula sejak jam 6.30 pagi. Bermula dengan kerja-kerja menyembelih dan melapah daging kambing sehingga menyediakan nasi arab.

Sejumlah 100 pek nasi arab kambing dan ayam telah diagihkan kepada orang awam dan anak-anak saudara kita di Baiturrahmah, Jalan Temenggong Haji Gobel Kuching.

Selain daripada daging kambing, bahan-bahan penyediaan pek makanan ini juga merupakan sumbangan daripada mereka yang ingin berkongsi rezeki bersama masyarakat melalui pihak YADIM.

YADIM Sarawak terus mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana individu dan kumpulan yang ingin bekerjasama menyumbang dalam program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *