Gelombang kedua banjir: YADIM Sarawak aktifkan semula bilik gerakan

SERIAN – Hujan lebat tanpa henti di negeri ini mengakibatkan kejadian banjir sekali lagi di Kuching, Samarahan dan bahagian ini. Beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) juga telah dibuka semula iaitu di Dewan Batu Lintang, Dewan Kampung Betong Kanowit, PPS Dewan Rimba Padi dan PPS Lubok Bunting. Ekoran itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak juga […]

Sumbangan Kepada Asnaf Di Tabuan Foochow

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak terus menerima kepercayaan orang ramai untuk menyumbang barangan keperluan harian kepada asnaf yang dikenalpasti. Terbaharu pada 30 Januari, hasil sumbangan orang ramai, YADIM Sarawak telah mengagihkan barangan keperluan harian kepada asnaf di Kampung Tabuan FooChow di sini. Tabuan Foochow merupakan sebuah kawasan perkampungan yang dihuni pelbagai komuniti […]

Kongsi Rezeki di Semariang Batu

KUCHING – Jika sebelum ini program Kongsi Rezeki dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dengan konsep turun padang ke jalanan menyantuni mereka yang memerlukan, siri terbaharu dianjurkan debfab sedikit perbezaan. Seawal jam 7.30 pagi pada 29 Januari, pegawai YADIM dan para sukarelawan menyedia dan membungkus pek-pek bubur untuk diedarkan kepada qariah Masjid Masjid Nurul […]

Kerjasama misi pasca banjir di Bau

BAU – Kerjasama erat antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan rakan rakan badan bukan kerajaan di negeri ini menjadikan mereka saling bekerjasama dan tidak melupakan. Terbaharu pada 23 Januari, YADIM Sarawak diundang menjayakan program bantuan pasca banjir di Kampung Buso dan Kampung Blimbing Krokon di sini. Barangan untuk program ini ditaja oleh Yayasan […]

YADIM Sarawak sertai operasi bersih Surau Wastu An Nahri

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 17 Januari telah menyertai Operasi Pasca Banjir dengan gotong-royong membersihkan Surau Wastu An Nahri Kampung Tengah Sungai, Sejijak. Ia merupakan undangan Setiausaha dan ahli ahli jawatankuasa surau berkenaan. Seramai 20 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan pertubuhan terlibat. Selain YADIM, badan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu […]

59 keluarga terima sumbangan bantuan banjir YADIM Sarawak

KUCHING – Situasi banjir di negeri ini yang belum pulih diambil perhatian sepenuhnya oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Sehubungan dengan itu, pada 16 Januari, YADIM Sarawak telah mengatur gerak kerja untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini. Antara yang disantuni ialah PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Endap (15 keluarga), Dewan […]

Banjir : YADIM dan rakan NGO bantu pindahkan pesakit strok

KUCHING – Cakna dengan keperluan orang ramai akibat banjir yang melanda negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak terus berkhidmat membantu mereka yang memerlukan dalam pelbagai aspek. Bukan sahaja menyumbang bekalan makanan, malah mereka turut membantu memindahkan seorang pesakit strok ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini pada 14 Januari. Pesakit tersebut dibawa […]

Kongsi Rezeki Bersama Pekerja Stesen Minyak

KUCHING – Program Kongsi Rezeki anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan lagi. Kali ini ia menyantuni seramai 50  pekerja stesen minyak di sekitar bandaraya ini. Sejumlah 50 pek makanan berupa sarapan pagi telah diagihkan kepada kumpulan ini meliputi stesen minyak Petronas, Xcel dan Shell. Antaranya adalah stesen minyak Petronas dan Shell di Jalan […]

Kongsi Rezeki YADIM Sarawak di Kuching

KUCHING – Hari yang baik, InsyaAllah bermula dengan pagi yang baik. Justeru bagi memulakan hari yang baik, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak cuba memberikan permulaan hari yang baik untuk golongan yang memerlukan. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi program kongsi rezeki yang diadakan di sekitar bandaraya ini. Terbaharu pada 20 November, sebanyak 50 bungkus sarapan diedarkan […]

Kembara Cuci-cuci Musolla YADIM di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock

KUCHING – Kembara Cuci-cuci Musolla Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak kini memasuki minggu keenam. Lokasi terkini program ini ialah di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock di sini pada 10 November. Kerja cuci-cuci musolla dilakukan pada jam 10 pagi dengan disertai seramai lima orang kakitangan YADIM termasuk sukarelawan Yadim. Selain daripada membersihkan musolla, kerja-kerja […]