Tahun hadapan datang lagi

KEPONG – “Saya harap tahun depan YADIM lawat lagi, untuk beri kegembiraan pada para penghuni. “Sebenarnya, kami tidak pernah terima kunjungan muhibah pelbagai agensi seperti ini, terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga tuhan merahmati anda sekalian”. Demikian ucapan Pengasas Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Chester Selangor, Shirley Lee ketika merakamkan penghargaan atas kunjungan YADIM ke pusat […]
100 set sumbangan daripada YADIM untuk komuniti Batu, Segambut sempena Tahun Baru Cina

SENTUL – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua dalam menyebarkan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan 100 set sumbangan kepada penduduk kawasan ini dan Batu. Program pada 18 Februari ini diadakan sempena Tahun Baru Cina dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary). […]
Sumbangan untuk mualaf Orang Asli Pulau Carey

KUALA LANGAT – Saudara baharu dari kalangan Orang Asli di sini tidak pernah dilupakan perihal kebajikan mereka. Pada 16 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin telah menyantuni mereka menerusi pemberian barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Sebanyak lima keluarga menerima sumbangan ini bagi meringankan beban mereka yang […]
Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Batu 9 Kampung Medan

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat konsisten menyantuni kelompok masyarakat yang memerlukan. Menerusi program menyantuni rakyat mereka pada 5 Februari, sebanyak 10 keluarga di Kampung Medan di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Sepuluh keluarga yang terlibat adalah warga emas, pesakit kronik serta ibu tunggal. […]
Tak viral, tak dapat bantuan? ‘Log out’ dan lihat sekeliling – Dr Zulkifli

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta orang ramai tidak cepat menuduh atau beranggapan pusat zakat tidak memainkan peranan sepatutnya. Dalam beberapa kemas kini di Twitter, beliau menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial semata-mata. “Di Wilayah […]
5 keluarga terima sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG- Pada 2 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kuala Langat telah menyantuni lima keluarga di sekitar kawasan ini. Diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di Sijangkang dan satu keluarga di Kebun Bharu. Mereka yang disantuni terdiri golongan asnaf, warga emas dan pesakit kronik. Kesemuanya menerima sumbangan barangan dapur dan […]
Musaadah 2.0 untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Februari melancarkan misi Musaádah Covid-19 2.0 di Dataran Blok A Kompleks Pusat Islam bagi menyantuni petugas barisan hadapan, sekolah dan mangsa banjir. Petugas barisan hadapan yang disantuni ialah kakitangan Hospital Putrajaya, anggota polis, anggota bomba serta anggota Angkatan Pertahanan Awam. Turut disantuni ialah pelajar Sekolah Menengah […]
Siasatan ajaran sesat ‘Agama Melayu’ di peringkat akhir, kata timbalan Menteri

PETALING JAYA – Siasatan berhubung ajaran sesat dikenali sebagai “Agama Melayu” dijangka selesai dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Beliau dipetik Harian Metro berkata, sebaik saja siasatan selesai, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai hasilnya. Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam […]
Pihak berkuasa siasat ajaran sesat ‘Agama Melayu’

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ yang menolak ajaran Islam. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan, berkata sebagai agensi dakwah, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman, pemurnian akidah dan fikrah. “Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama […]
Memahami Darurat Dan Masa Depan Dakwah

KUALA LUMPUR – Proklamasi darurat di Malaysia baru-baru ini masih menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan masyarakat. Perdebatan dan perbincangan berhubung tindakan kerajaan itu masih hangat dikatakan rakyat terutama di laman media sosial. Ada golongan yang memahami tindakan kerajaan itu bagi mengawal penularan COVID-19, namun terdapat juga pihak yang kekal mempersoalkan kepentingan proklamasi darurat. Atas perkara itu, […]