Home » Citra Yadim » Tahun hadapan datang lagi

Tahun hadapan datang lagi

KEPONG – “Saya harap tahun depan YADIM lawat lagi, untuk beri kegembiraan pada para penghuni.

“Sebenarnya, kami tidak pernah terima kunjungan muhibah pelbagai agensi seperti ini, terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga tuhan merahmati anda sekalian”.

Demikian ucapan Pengasas Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Chester Selangor, Shirley Lee ketika merakamkan penghargaan atas kunjungan YADIM ke pusat itu pada 21 Februari.

Menerusi kunjungan tersebut, YADIM menyampaikan 40 set kebersihan dan sedikit wang tunai bagi menyantuni warga rumah kebajikan tersebut.

Program kunjungan anjuran Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan.

Hadir mewakili YADIM ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Turut hadir ialah Pengerusi Maya, Dr Safinar Salleh serta Ketua Kluster Akidah dan Saudara Baru MAYA Dr Halimah Ali.

Dalam ucapannya, Dr Halimah berkata, program itu antara tujuan utamanya ialah untuk memberi mesej kepada golongan muda terutamanya, bahawa meskipun berbeza latarbelakang, rakyat negara ini seharusnya bersatu.

Sementara itu, warga pusat tersebut jelas gembira menerima kunjungan YADIM yang hadir menyantuni mereka.

Tidak putus putus ucapan terima kasih dilafazkan mereka yang juga menerima buah limau dan kek daripada YADIM.

Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan pula yang diwakili pengerusinya, Datuk Mohd Chan Abdullah turut menyumbang Dim Sum, Yee Sang dan lain lain makanan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *