Kekal Ketidakpatuhan Sifar Tiga Tahun Berturut Turut

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk kali ketiga berturut turut berjaya mengekalkan pencapaian Sifar Ketidakpatuhan (0 NCR) dalam Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Kejayaan itu dicapai dalam Sesi Audit Pembaharuan Pensijilan MS ISO 9001:2015 YADIM oleh AJA EQS CERTIFICATION (M) SDN. BHD pada 1 dan 2 Mac, yang telah diselaraskan […]

YADIM bantu beri kefahaman imunisasi vaksin

TANAH MERAH –  Kerajaan menggunakan pelbagai medium untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat dijayakan sepenuhnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, program itu digerakkan dengan kerjasama pelbagai agensi melalui pelbagai medium seperti media sosial dan arus perdana bagi mengelak kekeliruan […]

Covid-19: Yadim salur sumbangan RM1 juta 

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyalurkan sumbangan melebihi RM1 juta kepada lebih 200,000 penerima di seluruh negara bagi meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik Covid-19. Yang Dipertuanya, Nasruddin Hassan berkata, sumbangan tersebut diagihkan kepada masyarakat menerusi progam Yadim Peduli: Musaadah Covid-19 yang digerakkan sejak Oktober lalu. “Peruntukan yang digunakan selain daripada […]

Sumbangan Kepada Mualaf Orang Asli Pulau Carey

PULAU CAREY- Pada 28 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat telah melaksanakan program menyantuni Mualaf Orang Asli di pulau ini. Sebanyak tiga perkampungan di sini dikunjungi iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Sungai Kurau Pulau Carey. Di lokasi pertama iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Sukarelawan YADIM Kuala Langat […]

Sumbangan 1,000 beg sempena kembali ke sekolah

PULAU CAREY – Sejumlah 1,000 beg sekolah akan diagihkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam inisiatif membantu golongan memerlukan sempena pembukaan semula sekolah di seluruh negara bermula 1 Mac ini. Sumbangan bernilai RM30,000 itu akan diagihkan kepada pelajar – pelajar diperingkat rendah dan menengah sebagai satu inisiatif YADIM Peduli kepada golongan yang terjejas dengan Covid-19 […]

Cadangan kerjasama YADIM – Persatuan Kebajikan Mohd Chan

PUTRAJAYA – Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara pengasas rangkaian Restoran Mohd Chan dan Persatuan Kebajikan Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Perbincangan di ibu pejabat YADIM di sini pada 22 Februari itu antara lain menyentuh mengenai kerjasama dalam program kebajikan […]

Isu murtad: YADIM gerak jentera bersama 280 NGO Islam

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan isu akidah umat Islam tidak diperkotak-katikkan pihak tertentu. Menurut kenyataan Bahagian Media dan Teknologi Dakwah Yadim di sini pada 21 Februari, selaku badan dakwah, ia sedia melaksanakan pelbagai langkah agar isu itu difahami masyarakat sebaiknya.  “YADIM akan menggerakkan jentera dalaman di peringkat pusat […]

Tahun hadapan datang lagi

KEPONG – “Saya harap tahun depan YADIM lawat lagi, untuk beri kegembiraan pada para penghuni. “Sebenarnya, kami tidak pernah terima kunjungan muhibah pelbagai agensi seperti ini, terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga tuhan merahmati anda sekalian”. Demikian ucapan Pengasas Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Chester Selangor, Shirley Lee ketika merakamkan penghargaan atas kunjungan YADIM ke pusat […]

100 set sumbangan daripada YADIM untuk komuniti Batu, Segambut sempena Tahun Baru Cina

SENTUL – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua dalam menyebarkan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan 100 set sumbangan kepada penduduk kawasan ini dan Batu. Program pada 18 Februari ini diadakan sempena Tahun Baru Cina dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary). […]

Sumbangan untuk mualaf Orang Asli Pulau Carey

KUALA LANGAT – Saudara baharu dari kalangan Orang Asli di sini tidak pernah dilupakan perihal kebajikan mereka. Pada 16 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin telah menyantuni mereka menerusi pemberian barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Sebanyak lima keluarga menerima sumbangan ini bagi meringankan beban mereka yang […]