Home » Langit Terbuka » Siasatan ajaran sesat ‘Agama Melayu’ di peringkat akhir, kata timbalan Menteri

Siasatan ajaran sesat ‘Agama Melayu’ di peringkat akhir, kata timbalan Menteri

Kes Agama Melayu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk menyiasat memandangkan ia dikesan di negeri itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto Bernama

PETALING JAYA – Siasatan berhubung ajaran sesat dikenali sebagai “Agama Melayu” dijangka selesai dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau dipetik Harian Metro berkata, sebaik saja siasatan selesai, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai hasilnya.

Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiasat memandangkan ia dikesan di negeri itu.

Beliau berkata, sekiranya siasatan mendapati wujud penyelewengan (dan) ajaran sesat, JAIS akan mengambil tindakan lanjut, termasuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab di mahkamah.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum seseorang individu berdasarkan video yang tular.

“Sebaliknya, perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk menyiasat. Ini kerana soal penyelewengan akidah hanya boleh dinilai pihak tertentu, bukannya semua orang boleh tentukan.”

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara berkenaan minggu lalu selepas sebuah video tular mengenainya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *