Rabiulawal akan diangkat sebagai bulan dakwah

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV Alhijrah akan menjalinkan kerjasama untuk memperhebat program-program dakwah dengan melancarkan ‘Bulan Dakwah’ sepanjang Rabiulawal akan datang. Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan berkata jalinan kerjasama antara YADIM dengan TV Alhijrah diharap akan dapat memberi manfaat yang besar kepada umat Islam di negara ini. “Kita (YADIM dan […]
Sijil Audit Tanpa Teguran dua tahun berturut untuk YADIM

Putrajaya – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima pengiktirafan dan dianugerahkan Sijil Audit Tanpa Teguran selama dua tahun berturut-turut bagi Laporan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 daripada Juruaudit Bertauliah, Zurin & Co. Sesi Pembentangan Laporan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 telah disampaikan oleh Badrul ‘A’rifin Mohd Yasin selaku […]
Teroka peluang kerjasama dakwah dengan TV Al Hijrah

PUTRAJAYA – “Dakwah sememangnya tidak boleh terlepas daripada platform penyampaian dan penyiaran. “Kalau kita mempunyai medium penyiaran seperti TV Hijrah yang boleh dicapai lebih ramai masyarakat, maka ia lebih berkesan dan bermanfaat,” kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjung hormat TV Al […]
Lawatan dan kunjung hormat ke IKTBN Alor Gajah

ALOR GAJAH – Sebagai usaha meluaskan jaringan perhubungan dan jalinan dakwah, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 6 Ogos 2020 telah melakukan kunjungan ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah di sini. Mewakili YADIM dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah KEMUDA, Shahrizal Mat, Penolong Pengarahnya, Muhammad Muzzammil Musbah dan Penyelaras […]
YADIM santuni maahad tahfiz terbakar di Banting

BANTING – Selepas Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama di Bota Perak, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan usaha membantu satu lagi maahad tahfiz di sini yang mengalami musibah kebakaran baru baru ini. Menerusi Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM)nya, YADIM pada 6 Ogos akan melaksanakan program ziarah prihatin ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) di sini […]
Jakim, Yadim sumbang RM25,000 untuk maahad tahfiz terbakar

PARIT – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyumbang bantuan awal sebanyak RM25,000 kepada Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama Lambor Kanan dekat sini yang terbakar Khamis lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sumbangan berkenaan adalah bantuan awal disalurkan kerajaan dalam membantu maahad tahfiz […]
Sumbangan kepada Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama, Cuci Cuci Masjid Fadzullah

BOTA – Pada 30 Julai lalu, tiga blok bangunan Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama di Kampung Lambor Kanan, di sini mengalami kerosakan teruk akibat terbakar dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 12.50 malam. Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian ini mengakibatkan kerugian dan kemusnahan yang bukan sedikit kepada pusat tahfiz berkenaan. Prihatin dengan nasib mereka, […]
Program Musa’adah COVID19 RSY Melaka

MELAKA – Seramai 15 keluarga ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) di Melaka menerima bantuan badan itu bagi meringankan beban mereka akibat penularan Covid-19. Program Musa’adah Covid-19 RSY Melaka pada 25 Julai itu menyantuni ahli ahli yang tinggal di sekitar iaitu di Jasin, Ayer Keroh,Limbongan,Durian Tunggal, Duyong,Bukit Rambai dan Sungai Morten yang melibatkan sumbangan kepada 15 […]
Jelajah RRY Siri 3 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

KAJANG – Selepas Segamat dan Tangkak, Siri Jelajah Rakan Remaja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RRY) diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di sini pada 28 Julai. Di sekolah ini, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh sendiri hadir bertemu dan menyampaikan pesanan serta motivasi buat ahli RRY. Beliau […]
Tubuh sukarelawan YADIM di Labuan

LABUAN – Positif dengan gerak kerja berbentuk sukarelawan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), badan ini disarankan menubuhkan sebuah pasukan sedemikian di pulau ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, antara yang boleh dimanfaatkan dengan penubuhan pasukan itu ialah untuk melaksanakan program ikon milik […]