PPZ-MAIWP terbitkan buku terjemahan Fiqhul Zakat

DOHA – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menapak satu langkah ke hadapan dengan menerbitkan buku terjemahan Fiqhul Zakat karangan Profesor Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi dalam usaha menjayakan pengurusan zakat model Malaysia. Ia merupakan usaha berterusan ke arah menjadikan PPZ-MAIWP sebagai satu institusi pengurusan zakat yang terulung dan mantap dari aspek […]

McDonald’s penerima pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat PPZ-MAIWP

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan Sijil Pembayar Zakat Korporat, kepada syarikat-syarikat yang membayar zakat mereka di Wilayah Persekutuan, untuk dipamerkan di premis masing-masing. Pengendali tempatan rangkaian restoran makanan segera McDonald’s iaitu Gerbang Alaf Restaurants menjadi penerima pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP itu. Menteri di Jabatan Perdana […]

Institusi zakat disaran turun padang dekati asnaf

KUALA LUMPUR – Institusi zakat disaran turun padang bagi mendekati dan mencari golongan asnaf di seluruh negara dalam usaha menyampaikan bantuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, golongan itu seharusnya dijejaki supaya mendapat bantuan zakat yang sememangnya hak mereka. “Bila kata hak, tidak boleh tunggu mereka minta, […]

MAIWP sasar kutip zakat RM1 bilion 2023

BANGI – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk memungut zakat sehingga RM1 bilion pada 2023. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata sasaran itu bukan suatu mustahil berikutan prestasi memberangsangkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) yang berjaya mengutip zakat berjumlah RM600 juta pada 2018. Berikutan itu PPZ-MAIWP menyasarkan untuk mengutip […]

Harus mewakilkan bukan Islam agih bantuan zakat

PULAU PINANG – Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan sudut hukum fikah. Menurut beliau, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah. Bagaimanapun, tambahnya, bagi […]

Maszlee saran zakat dalam bentuk buku

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berharap lebih banyak organisasi berkaitan zakat dan syarikat korporat dapat memberikan sumbangan zakat dalam bentuk buku kepada golongan asnaf. Katanya, sumbangan zakat yang diberikan kepada golongan seharusnya bukan sekadar dalam bentuk bantuan kewangan dan makanan semata-mata, tetapi juga bantuan pendidikan. “Antara perkara asas berkaitan pendidikan adalah buku,” katanya. […]

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019. Pembayaran zakat tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini (20 Mei). Majlis tersebut dikongsi dalam posting menerusi Facebook rasminya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Memetik posting tersebut, […]

Zakat kini boleh dibayar melalui Mercy Malaysia

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan Lembaga Zakat Negeri Kedah melantik Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) sebagai ejen korporat untuk mengutip zakat bagi kedua-dua lembaga itu mulai tahun ini. Mercy Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi kemanusiaan di 32 negara. Pelantikan itu membolehkan Mercy Malaysia […]

Melaka sasar capai kutip 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14 dari golongan berkemampuan

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka sasar mampu mencapai tahap kutipan 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14.00 daripada golongan berkemampuan di negeri ini. Ketua Menteri Melaka, Adly zahari berkata buat kali pertama Melaka memperkenalkan dua jenis kadar zakat iaitu RM7.00 bagi orang biasa dan RM14.00 bagi mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih berdasarkan harga beras […]

Zakat Fitrah Kelantan tahun ini RM7

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengumumkan zakat fitrah tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 sama seperti tahun lalu. Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, umat Islam boleh mula menunaikan kewajipan masing-masing melalui amil-amil yang dilantik dan kaunter zakat Maik. Beliau berkata, terdapat 1,200 […]