Home » Kenyataan Media » TAHNIAH MIA SARA. MASYARAKAT PERLU LEBIH RAMAI ARTIS SEPERTI ANDA!

TAHNIAH MIA SARA. MASYARAKAT PERLU LEBIH RAMAI ARTIS SEPERTI ANDA!

Foto Kredit FB Mia Sara

PUTRAJAYA – Kecekalan Mia Sara yang memilih untuk kekal bertudung meskipun diminta membukanya adalah satu sifat terpuji yang wajar dicontohi.

Sifat seperti ini melambangkan kesungguhan beliau mempertahankan agamanya meskipun cuba diganggu gugat oleh cabaran industri.

Mia Sara boleh memilih untuk membuka auratnya walaupun sedikit, atas alasan keperluan kerja yang mungkin juga akan memberinya jalan untuk lebih banyak peluang atau tawaran berlakon, namun beliau memilih untuk tidak berbuat demikian.

Baru baru ini dalam satu majlis Mia Sara atau nama penuhnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan mendedahkan, sebuah produksi mengenakan syarat agar membuka tudung sebelum diterima berlakon.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merasa gembira dan bersyukur atas pendiriannya. Sifat seperti inilah yang wajar dicontohi. Berita seperti ini juga sewajarnya ditonjolkan media hari ini bagi memelihara dan meninggikan Islam.

Tahniah kepada Mia Sara. YADIM menyokong penuh kenyataan dan pendirian beliau bahawa mana mana produksi harus menghormati pendiriannya untuk terus bertudung dengan tidak memintanya mengubah penampilan semata-mata untuk tawaran yang diberikan.

YADIM mengucapkan selamat maju jaya kepada Mia Sara dalam kerjaya serta semua bidang yang diceburinya.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *