Home » Langit Terbuka » Tentera Isr@el serang jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa

Tentera Isr@el serang jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa

Pasukan keselamatan Israel mengusir penduduk Palestin secara paksa yang berkumpul di pekarangan masjid bagi memberi laluan kepada penduduk Yahudi - Foto Arkib

Baitulmuqaddis – Pasukan keselamatan Isr@el dilaporkan menyerang jemaah Palestin semasa serbuan di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis.

Ia merupakan serangan keempat dalam tempoh beberapa hari ketika kumpulan berhaluan kanan pro-pendatang Yahudi bersiap sedia melakukan perarakan di Kota Lama Baitulmuqaddis.

Memetik laporan Middle East Eye, pasukan keselamatan Israel melepaskan peluru logam bersalut getah ke arah jemaah Palestin dan mengunci mereka di dewan solat.

Mereka juga mengepung wanita di hadapan Masjid Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) dan mengusir penduduk Palestin secara paksa yang berkumpul di pekarangan masjid bagi memberi laluan kepada penduduk Yahudi.

“Penduduk Yahudi kemudian memasuki pekarangan masjid secara berkumpulan di bawah perlindungan ketat polis dan melakukan upacara keagamaan perayaan Paskah Yahudi,” jelas laporan itu.

Insiden ketika Ramadan itu juga merupakan serbuan kelima dalam tempoh sebulan.

Sebelum ini, kumpulan berhaluan kanan pro-pendatang Yahudi dan penduduk Israel memaklumkan akan menyerbu Masjid Al-Aqsa secara beramai-ramai, bermula Ahad lalu yang menandakan perayaan Paskah Yahudi. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *