Home » Langit Terbuka » Terap amalan membaca al-Quran, bentuk keluarga sakinah – Raja Muda Perlis

Terap amalan membaca al-Quran, bentuk keluarga sakinah – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Foto : beritadaily

ARAU 5 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, amalan membaca al-Quran perlulah disuburkan kerana mampu membentuk sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.

Baginda bertitah, amalan tersebut merupakan asas kepada pembinaan sebuah kehidupan berkeluarga yang bahagia berlandaskan tuntutan agama yang benar.

“Malah ia mampu membawa kepada ketenangan dan ketenteraman jiwa kepada ahli-ahli keluarga itu. Maka sebab itu, anak-anak yang merupakan pewaris kepada kepimpinan pada masa hadapan perlulah diberi seberapa banyak pendedahan dan dididik untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup,” titah baginda.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli menyampaikan sumbangan peruntukan tahunan MAIPs sebanyak RM150,000 kepada Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiyyah (MADI), Jejawi Dalam di sini baru-baru ini.

Sumbangan itu diterima oleh mudirnya, Borhanuddin L. Abdullah. Turut mengirigi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Bersempena program tersebut, turut disampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 120 orang asnaf terpilih yang bermastautin dalam kawasan Jejawi dan sekitarnya dengan masing-masing menerima sebanyak RM600 seorang. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *