Home » Langit Terbuka » Tiada penularan jangkitan campak di tiga negeriĀ 

Tiada penularan jangkitan campak di tiga negeriĀ 

Menteri Kesihatan berkata, setakat 21 Jun, tiada kes kematian baharu dilaporkan akibat demam campak. -Foto Says

KUALA LUMPUR – Tiada penularan jangkitan campak membabitkan perkampungan orang Asli lain dilaporkan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, setakat semalam (21 Jun).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kes campak dilaporkan kekal 47 yang sudah disahkan melalui ujian makmal.

Beliau berkata, hingga semalam (21 Jun), sebanyak 48 kes masih dirawat di hospital akibat campak dan sesak nafas membabitkan 46 di wad biasa serta dua di unit rawatan rapi (ICU).

ā€œSejumlah 12 kes dengan gejala ringan campak ditempatkan di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA) di Gua Musang, manakala 14 kes lagi ditempatkan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Gua Musang.

ā€œNamun, tiga kes baharu dengan gejala saluran pernafasan dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang, dikesan Jabatan Kesihatan Kelantan. Dua kes terbabit dikesan pada Khamis dan satu lagi semalam.

ā€œDua daripada tiga pesakit berkenaan ditempatkan di Hospital Kuala Krai dan seorang di Hospital Gua Musang,ā€ katanya pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Darah Negara (PDN), di sini.

Selain itu, Dr Dzulkefly berkata, setakat semalam, tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikannya kekal tiga kematian.

Beliau berkata, ketiga-tiga kes kematian itu disahkan campak melalui ujian makmal, manakala keputusan bedah siasat ke atas 12 mayat masih belum diketahui punca sebenar kematian.

ā€œPemeriksaan antropologi juga sedang dijalankan ke atas 12 mayat itu bagi menentukan jantina, umur, bangsa, ketinggian dan jangka masa kematian,ā€ katanya.

Sementara itu, beliau berkata, satu kes baharu disyaki campak dilaporkan dalam komuniti Orang Asli di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu, Terengganu, Khamis lalu, menjadikan jumlah 13 kes dengan lapan disahkan campak melalui ujian makmal.

ā€œTiada kes baharu dikesan di Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang, menjadikan bilangan kes hingga Khamis lalu sebanyak lapan kes dengan empat disahkan campak melalui ujian makmal.

ā€œKesemua kes dari dua kampung ini ada sejarah pergerakan dan kontak dengan komuniti dari Kuala Koh, Gua Musang,ā€ katanya.

Beliau berkata, pemantauan masih diteruskan Jabatan Kesihatan negeri dan aktiviti imunisasi campak dijalankan terhadap komuniti di kawasan terbabit dan lokasi berhampiran dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Tok Batin komuniti berkenaan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *