Home » Citra Yadim » Tidak putus asa berdakwah

Tidak putus asa berdakwah

ALOR SETAR 9 April- Badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak pernah berputus asa berdakwah kepada masyarakat khususnya orang Islam melalui Halaqah Ilmi.
Ahli Jawatankuasa Halaqah Ilmi, Ahmad Fuad Ashari berkata, Halaqah Ilmi merupakan satu gerakan dakwah yang digerakkan oleh YADIM dalam usaha memberi panduan kepada masyarakat.
“Melalui Halaqah Ilmi, pihak kami menyatukan NGO Islam seperti Abim, Ikram, Haluan, Perkim, Lembaga Kemajuan Perempuan Islam, Isma, GPMS, Yayasan Ehsan Alumni SMKTAM dan Persatuan Saudara Baru Mualaf Kedah.
“Pada zaman sekarang, banyak perkara kurang elok berlaku bertentangan dengan suruhan Allah SWT seperti kewujudan ajaran seperti hedonisme mahupun hubungan sejenis gay, lesbian dan hubungan dua hala.
“Untuk itu, kita berharap dapat membincangkan pelbagai isu berkenaan dalam usaha memberi nasihat dan memastikan masyarakat terus mengingati Allah SWT,’’ katanya lagi.
Katanya, mereka berharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai mengenai budaya tidak sihat yang wujud seperti pondan agar ia dapat dicegah.
Justeru, Ahmad Fuad berkata, pihaknya tidak akan sekali-jali berhenti berdakwah kepada orang ramai melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti Multaqa Ulama, forum, street dakwah mahupun ziarah ulama.
Terdahulu, Halaqah Ilmi YADIM Zon Utara diwakili 20 NGO gabungan diketuai oleh Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Zuhri Husin melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhammad Baderuddin Ahmad.
Menurutnya, kunjungan berkenaan dilakukan mereka demi mendapatkan padangan dan nasihat berkaitan usaha dakwah dilakukan Halaqah Ilmi YADIM Zon Utara.
Katanya, mereka bersyukur kerana menerima nasihat daripada Mufti Kedah dan mendapat sokongan bahawa kewujudan gabungan NGO Islam atas kerja dakwah adalah usaha yang baik.-SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *