Home » Langit Terbuka » ‘Tidak salah buat perbandingan agama dalam ceramah’

‘Tidak salah buat perbandingan agama dalam ceramah’

Mufti Negeri Sembilan berpendapat, tidak menjadi kesalahan untuk pendakwah menyatakan perbezaan sesuatu agama ketika berdakwah, namun menegaskan kenyataan sedemikian tidak sepatutnya menjurus kepada menghina atau merendahkan sesuatu agama

SEREMBAN – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk pendakwah menyatakan perbezaan sesuatu agama ketika berdakwah.

Bagaimanapun beliau menegaskan kenyataan sedemikian tidak sepatutnya menjurus kepada menghina atau merendahkan sesuatu agama.

“Saya sendiri jika memberikan nasihat dalam sesi kaunseling akan memberikan perbezaan agama supaya penerima lebih mudah memahami apa yang kita cuba sampaikan.

“Tetapi kalau menghina memang tidak boleh, kerana itu tidak sesuai dengan ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menegaskan kaedah dakwah pendakwah Zakir Naik menghina dan merendahkan agama lain tidak sesuai di Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof, berkata beliau banyak menyaksikan ceramah yang disampaikan oleh Zakir menerusi laman Youtube dan mendapati penceramah itu sering memberikan perbezaan sesuatu agama jika ditanya pendengar.

“Saya dapati Zakir akan menjelaskan mengenai sesuatu agama itu dengan membuat perbezaan dengan agama lain. Setakat ini, saya tidak nampak dia pernah menghina agama lain,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *