Home » Langit Terbuka » Tiga teras utama falsafah pentadbiran Islam

Tiga teras utama falsafah pentadbiran Islam

Tiga wawasan dan gagasan yang telah disusun sebagai agenda reform yang progresif iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syar'iyah dan Model Malaysia. - Foto Iluminasi.com

PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam usaha mendekatkan jabatan itu dengan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, beliau tertarik dengan program Hari Terbuka JKSM bersama masyarakat kerana mendedahkan peranan dan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat yang ramai tidak tahu fungsi jabatan itu.

“Saya sentiasa menyokong penuh program dan aktiviti JKSM yang mampu memberi impak yang positif.

“Program ini memberi peluang kepada masyarakat dan agensi luar untuk lebih mengenali fungsi JKSM sebagai badan yang menyeragamkan hal ehwal pentadbiran mahkamah syariah dan kehakiman syariah di Malaysia,” katanya berucap merasmikan Hari Terbuka JKSM di Kompleks Islam Putrajaya di sini.

Menurutnya, sepanjang setahun pemerintahan Malaysia Baharu, tiga teras utama falsafah pentadbiran Islam telah kerajaan Pakatan Harapan (PH) perjuangkan demi memastikan syiar Islam tetap dalam landasannya.

Kata beliau, kerajaan cuba menegakkan Islam atas teras dan landasan Rahmatan lil ‘alamin, yang dirangkum dalam kerangka Maqasid Syariah dan diterjemahkan pula kepada model pentadbiran Islam terunggul secara progresif dan inklusif menjelang tahun 2025.

Jelasnya, bagi merealisasikan hasrat itu, beliau telah menggariskan tiga wawasan dan gagasan yang telah disusun sebagai agenda reform yang progresif iaitu Rahmatan Lil Aamin, Maqasid Syar’iyah dan Model Malaysia. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *