Home » Citra Yadim » Timbalan Menteri di JPM dan YADIM Bersamamu di Penjara Pengkalan Chepa

Timbalan Menteri di JPM dan YADIM Bersamamu di Penjara Pengkalan Chepa

PENGKALAN CHEPA – Banduan di penjara merupakan individu yang diberi peluang kedua untuk mengubah kehidupan mereka. Ini menjadikan mereka sebagai antara golongan yang tidak sewajarnya diketepi atau dilupakan dalam gerak kerja dakwah.

Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program YADIM Bersamamu di Penjara Pengkalan Chepa di sini pada setiap bulan sebagai usaha menyantuni golongan berkenaan di penjara ini.

Istimewanya pada 6 September, sesi tazkirah kepada 3,000 banduan di penjara ini disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Marzuk Shaary.

Antara yang disentuh beliau dalam tazkirahnya ialah mengenai amalan amalan seperti berzikir yang boleh dilakukan oleh penghuni pusat berkenaan, selain agar selalu berdoa supaysa ditunjukkan jalan yang benar kepada Allah.

Selesai memberikan tazkirah, Ustaz Marzuk telah mengadakan sesi perbincangan bersama kira kira 50 pegawai kanan Penjara Pengkalan Chepa, Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan Pusat Tahanan Kem Desa Pahlawan.

Antara yang hadir ialah Pengarah Penjara Negeri Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PKK Wan Sani Ab. Latiff, Pengarah Pusat Koreksional Machang, PKK Sukri Harun, serta pegawai pegawai kanan mereka dan anggota Pejabat Penjara Negeri.

Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Muhamed Yusoff hadir sama ke program ini.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha YADIM untuk memberikan pengisian kerohanian kepada penghuni penjara.

Ia juga selaras dengan hasrat pihak penjara yang mahu melibatkan agensi agama dalam program program anjuran mereka kepada penghuninya.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *