Home » Langit Terbuka » Timbalan Mufti Rusia puji kemajuan Malaysia

Timbalan Mufti Rusia puji kemajuan Malaysia

VLADIVOSTOK: Timbalan Mufti Rusia Rushan Hazrat Abbyasov menyifatkan Malaysia sebagai negara Islam yang telah melakar pelbagai kemajuan dan banyak boleh dipelajari dari negara ini.

Rushan yang juga Timbalan Pengerusi Pertama Majlis Mufti dan Lembaga Agama Islam menyuarakan perkara itu semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan kerja dua hari di sini hari ini.

Pada pertemuan itu, Rushan berkata Presiden Vladimir Putin sentiasa menyokong kuat umat Islam di Rusia dan menghormati agama Islam serta al-Quran.

Pertemuan itu turut menumpukan kepada meneroka pelbagai bidang kerjasama termasuk perbankan Islam, latihan dan pembangunan kapasiti serta pertukaran kepakaran selain potensi kerjasama dengan institusi di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muzium Kesenian Islam dan Bank Negara Malaysia.

Kedua-dua pemimpin juga menegaskan solidariti mereka dengan perjuangan Palestin sekali gus mencerminkan komitmen bersama untuk menangani isu global yang menjejaskan komuniti Islam.

Pertemuan ini sebahagian daripada lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia bermula hari ini dan Perdana Menteri turut akan menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan.

Turut hadir Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ini lawatan pertama Anwar ke Rusia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Nov 2022. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *