Home » Langit Terbuka » Tindakan Google keluarkan nama Palestin dari peta, ganti Israel dikecam

Tindakan Google keluarkan nama Palestin dari peta, ganti Israel dikecam

JERUSALEM, Ahad – Forum Wartawan Palestin mengecam Google kerana mengeluarkan nama Palestin daripada petanya dan menggantikannya dengan Israel.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, forum itu berkata, keputusan Google mengeluarkan Palestin daripada peta pada 25 Julai lalu adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk menetapkan namanya sebagai negara yang sah untuk generasi akan datang, sekali gus menghapuskan Palestin.

“Langkah ini juga direka untuk memalsukan sejarah, geografi dan juga hak rakyat Palestin ke tanah air mereka, dan cubaan gagal untuk mengganggu memori rakyat Palestin dan Arab serta dunia,” katanya.

Forum itu berkata, langkah itu adalah bertentangan dengan semua norma dan konvensyen antarabangsa.

Ia juga menekankan bahawa Google harus menarik balik tindakannya. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *