Home » Langit Terbuka » Tinjauan dalam talian untuk tingkat kualiti pendidikan Islam

Tinjauan dalam talian untuk tingkat kualiti pendidikan Islam

Tinjauan dalam talian berhubung kualiti pendidikan Islam melibatkan pandangan segenap golongan rakyat bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman mereka menjalani pembelajaran dan berinteraksi di Sekolah Kebangsaan. - Foto FitrahIslami.com

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) melaksanakan tinjauan dalam talian bagi melihat pandangan yang relevan dan sesuai untuk diambil kira bagi meningkatkan kualiti mata pelajaran Pendidikan Islam, kata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

MPPK berkata PPKPI bersetuju melaksanakan satu tinjauan dalam talian melibatkan semua pemegang taruh Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi mendapatkan input tambahan dalam usaha menambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam.

Ia melibatkan tinjauan pandangan segenap golongan rakyat bagi mendapatkan sebarang maklum balas mengenai pengalaman mereka menjalani pembelajaran dan berinteraksi di Sekolah Kebangsaan (SK), katanya.

“Ia (tinjauan) bukanlah satu undian atau petisyen untuk memberikan sebarang tekanan yang tidak wajar,” kata MPPK dalam satu kenyataan hari ini berhubung kajian penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam oleh PPKPI.

PPKPI di bawah MPPK ditubuhkan pada 15 April lepas bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tujuan penambahbaikan.

Selain mendapatkan input daripada pelbagai agensi dan bahagian di Kementerian Pendidikan, PPKPI telah dan akan mengadakan pelbagai sesi perbincangan dengan pakar pendidikan, wakil badan bukan kerajaan dan sesi libat urus dengan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam.

MPPK berkata tarikh akhir untuk memberi pandangan atau cadangan kepada tinjauan dalam talian itu adalah pada 15 Julai depan.

Mereka yang ingin memberi pandangan atau cadangan boleh berbuat demikian dengan akses pautan https://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8.

“PPKPI komited dan jelas dengan tujuan dan keberhasilan utama kajian ini iaitu untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Islam di SK,” kata MPPK. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *