Home » Langit Terbuka » Tujuh negara anggap undang-undang AS ancaman

Tujuh negara anggap undang-undang AS ancaman

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT 3 Ogos –  Satu kajian tinjauan Pusat Pew dibuat di 38 negara dan keputusan menunjukkan tujuh negara melihat Amerika Syarikat dilihat sebagai ancaman berdasarkan majoriti pandangan rakyat lapor Newsweek.

Antara negara yang tersenarai adalah Korea selatan (70 peratus), Jepun (62 peratus), Turki (72 peratus), Mexico (62 peratus), Sepanyol (59 peratus), Indonesia (55 peratus) dan Chile (57 peratus).

Berdasarkan sejarah, AS mempunyai kehadiran ketenteraan yang kuat di Turki, Jepun dan Korea Selatan terutamanya di Jepun selepas tamat perang dunia kedua dan Korea Selatan selepas Perang Korea awal 50an.

Sejak kebelakangan ini, konflik di timur tengah berpotensi menjadi ‘bahan bakar’ di Asia Timur yang mengganggu keseimbangan di tiga negara, di mana ia merupakan titik penting dalam operasi ketenteraan AS.

Korea Selatan sangat marah apabila AS mengerahkan sistem anti-peluru berpandu THAAD di negara mereka dan melihat ia sebagai provokasi terhadap pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Manakala, penempatan semula pangkalan tentera udara Marin di Okinawa menimbulkan ketegangan dalam kalangan penduduk Jepun.

Sementara itu, Turki membantu AS memerangi Daesh di Syria dan Iraq namun pihak kerajaannya marah apabila AS memberikan bantuan senjata pada militan YPG dalam memerangi Daesh.

Pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear Korea Utara juga dilihat mampu mencabar AS apabila ia dikatakan mampu mencapai bandar-bandar besar di negara tersebut. – www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *