Home » Citra Yadim » Memahami institusi beraja

Memahami institusi beraja

PUTRAJAYA 2 Ogos – Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara yang akan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu dan Ahad ini merupakan satu inisiatif bagi memantapkan perpaduan rakyat di bawah payung institusi beraja.

Wacana dianjurkan oleh Panel Perun­ding Perpaduan Ummah (PPPU)-Majlis Dakwah Negara (MDN) adalah julung kali diadakan untuk mendedahkan kepada masyarakat mengenai peranan Majlis Raja-Raja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi MDN, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, konven­syen itu mengambil kira bahawa institusi raja merupakan pasak yang menunjangi kedaula­tan, keutuhan, kestabilan dan ke­sejahteraan negara.

“Ia juga ingin menonjolkan bahawa institusi raja merupakan asas utama negara yang menjadi rujukan dan harapan rakyat dalam pelbagai aspek dan isu.

“Tanpa pasak (institusi beraja) itu, mungkin rakyat tidak boleh hidup secara harmoni sekali gus tidak memungkinkan menikmati kemakmuran seperti hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan konvensyen dan baginda dijangka menyampaikan titah diraja. – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *