Home » Uncategorized » Tujuh saranan Mufti Wilayah tangani penyakit halusinasi

Tujuh saranan Mufti Wilayah tangani penyakit halusinasi

Antara saranan Dr Zulkifli berhubung mereka yang menghidap halusinasi adalah mereka perlu sentiasa diajak ke majlis ilmu dan halaqah agama bagi memperolah kefahaman

 

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi tujuh saranan kepada masyarakat dalam menangani isu penyakit halusinasi atau skezofrenia.

Beliau berkata, pihaknya terpanggil memberi pencerahan dan pandangan mengenai penyakit mental itu susulan kejadian tragis bayi berusia 19 bulan, Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal mati dikelar ibunya di FELDA Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, Maran, 24 Jun lalu.

Katanya, media melaporkan siasatan menunjukkan wanita terbabit mengalami halusinasi sebelum bertindak mengelar anaknya dan perkara itu turut disahkan suaminya.

“Penyakit sebegini seharusnya mendapat perhatian masyarakat, khususnya di Malaysia. Semua pihak harus menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan penyakit ini tidak terus meningkat peratusannya dari tahun ke tahun,” katanya dalam catatan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Zulkifli berkata, antara saranan atau nasihat itu termasuk memastikan setiap individu yang menghidap penyakit itu mendapat rawatan pakar psikiatari; sentiasa mendampingi dan tidak meninggalkan mereka bersendirian dan kerap merujuk kepada pakar dari semasa ke semasa.

“Mereka yang menghidap halusinasi ini juga perlu sentiasa diajak ke majlis ilmu dan halaqah agama bagi memperolah kefahaman berkaitan Islam.

“Selain itu, mereka juga mesti dipastikan selalu duduk secara berkumpulan dan memperbanyakkan berzikir kerana ia mampu menenangkan hati.

“Allah SWT berfirman di dalam surah al-Ra’du, ayat 28 bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia,” katanya.

Zulkifli berkata, penghidap halusinasi juga disarankan sentiasa memperbanyakkan doa supaya ditetapkan hati dan ditenangkan jiwa seperti dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Katanya, banyak ayat menceritakan bisikan ghaib dalam al-Quran dan kebanyakannya berkait dengan syaitan yang mendorong kepada perlakuan jahat selain bisikan yang datang dari dalam diri seseorang.

“Dalam surah al-Nas, ayat 5, misalnya yang bermaksud: ‘Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia’. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *