Home » Citra Yadim » TYDP YADIM lancar SAR Perlis esok

TYDP YADIM lancar SAR Perlis esok

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), bakal melancarkan pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Peringkat Negeri Perlis, esok (23 Mac 2019) di sini.

Pelancaran itu dijadualkan disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin di Hotel Seri Malaysia di sini.

Hadir sama nanti ialah Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat YADIM, En Shahrizal Mat.

Selepas pelancaran SAR Perlis, pasukan tersebut kemudiannya akan melaksanakan program Cuci Cuci Surau di sekitar bandar ini.

Cuci Cuci merupakan sebuah program khidmat komuniti di mana SAR akan melakukan kerja kerja pembersihan dan pengindahan surau. Program kebajikan ini sebelum ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Selangor dan Negeri Sembilan apabila ia mendapat pujian ramai.

SAR Perlis kemudiannya akan menziarahi dan menyantuni kira kira 20 keluarga asnaf di sini.

SAR merupakan sebuah badan beruniform di bawah YADIM yang menumpukan kepada kerja kerja khidmat komuniti dan kebajikan. Ia terlibat dengan pelbagai program seperti menyantuni mangsa banjir, memberi khidmat kepada masyarakat Orang Asli dan sebagainya.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *