Home » Langit Terbuka » Negara Islam perlu usaha setanding negara maju

Negara Islam perlu usaha setanding negara maju

Tun Mahathir ketika tiba di Pakistan untuk lawatan tiga hari ke negara itu. - Foto NSTP

ISLAMABAD – Malaysia dan negara Islam yang lain perlu berusaha agar setanding dengan negara maju, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama dengan atau antara negara Islam lain.

“Hari ini tidak ada satupun negara Islam yang dianggap sebagai negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai perancangan menjadi negara maju menjelang 2020, tetapi malangnya perubahan dalam kerajaan (pemimpin) menjadikannya tidak mungkin dapat dicapai.

“Bagaimanapun kami masih berhasrat menjadi negara maju menjelang 2025. Kami berharap ini bukan hanya kepada Malaysia sahaja,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di sini hari ini.

Mahathir memulakan lawatan kerja tiga hari ke Pakistan pada Khamis.- Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *