Dunia marah Charlie Hebdo samakan gempa bumi Itali seperti ‘pasta’

PARIS, 4 Sept. – Majalah satira, Charlie Hebdo sekali lagi mencetuskan kemarahan masyarakat dunia apabila menerbitkan lukisan dengan menyamakan gempa bumi yang berlaku di Itali bulan lalu seperti hidangan ‘pasta’. Gempa bumi yang mengorbankan hampir 250 nyawa itu dijadikan bahan jenaka majalah itu dengan tajuk ‘Gempa bumi ala Itali. Lakaran kartun itu menunjukkan dua mangsa […]
Johari sangkal dakwaan negara akan muflis

SABAK BERNAM 4 Sept. – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan bahawa negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial. Beliau berkata dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab. “Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, mana mungkin negara boleh […]
2,000 sertai Roadshow Dakwah 2.0

KUALA TERENGGANU 3 Sept. – Program Roadshow Dakwah 2.0 yang berlangsung di KT Walk, di sini, pada 2 September, laini telah mendapat sambutan yang begitu baik dengan berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 orang. Dalam program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Timur bersama beberapa agensi itu, para pengunjung telah disajikan dengan nyanyian lagu-lagu berunsur […]
Umat Islam AS bimbang tarikh sambutan Aidiladha 9/11

WASHINGTON, 2 Sept. – Umat Islam Amerika Syarikat (AS) bimbang Aidiladha yang bakal disambut 11 September ini akan disalah tafsir sebagai menyambut ulang tahun ke-15 serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York dan di Pentagon. Sentimen Islamofobia memanaskan keadaan setelah mendapati sambutan Aidiladha serentak dengan tarikh berlakunya tragedi 11 September. Namun, Presiden Pusat Islam […]
Mahkamah Perancis tarik balik larangan burkini di Nice

PARIS, 2 Sept. – Mahkamah Perancis menarik balik pengharaman terhadap pemakaian burkini di Nice berikutan mendapati ia tidak memberi sebarang risiko kepada gangguan ketenteraman awam. Mahkamah Pentadbiran Nice memutuskan semalam bahawa tiada asas untuk melaksanakan larangan undang-undang burkini sekiranya tiada risiko tersebut. Larangan itu sebaliknya hanya emosi dan kebimbangan berikutan daripada serangan pengganas yang berlaku […]
Muhammad antara nama paling popular

Mengatasi nama Oliver di London, West Midlands LONDON 3 Sept. – Nama Muhammad merupakan antara nama paling popular untuk kanak-kanak lelaki di England dan Wales namun nama itu tidak menduduki tempat pertama dalam senarai rasmi kerana mempunyai pelbagai ejaan. Menurut laporan Mail Online, Pejabat Statistik Kebangsaan menyenaraikan sebanyak 7,361 bayi yang dilahirkan tahun lalu dinamakan […]
Klinik Halal Malaysia tingkatkan kesedaran pengusaha tempatan

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Klinik Halal Malaysia anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran tentang kekeliruan konsep halal serta membetulkan persepsi masyarakat terutama dalam kalangan pengguna dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini. Jakim dalam satu kenyataan berkata, ramai yang menganggap penggunaan konsep halal hanya untuk pengusaha […]
Yadim anjur Jelajah Muamalah Ummah (JMU)

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menganjurkan program Jelajah Muamalah Ummah (JMU) dan Karnival Muamalah melibatkan politeknik di negeri-negeri Pantai TImur bermula 23 September hingga 27 September ini. Pengurus Eksekutif Bahagaian Muamalah Yadim, Zamzarizal Mad Ariffin berkata, melalui program itu, petugas Yadim bersama beberapa agensi lain seramai 60 orang akan […]
Austria larang budak tadika bertudung

Atas alasan kanak-kanak dipandang sebagai objek seks VIENNA 1 Sept. – Seorang ahli politik terkemuka Austria menggesa wanita Islam supaya tidak menghantar anak perempuan mereka ke tadika dengan memakai tudung dengan alasan tindakan itu menjadikan budak tersebut sebagai objek seks. Timbalan Datuk Bandar Salzburg, Anja Hagenauer sebagaimana lapor Mail Online membuat pendedahan itu kepada stesen […]
Cadangan pindaan Akta 355: satu pandangan

BAYAN LINNAS SIRI 67 : ISU CADANGAN PINDAAN AKTA 355 : SATU PANDANGAN Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu`adzam Shah Ibni al-Marhum Sultan Badlishah yang dilafazkan dalam Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas pada 7 Mac 2016: “Beta menyokong penuh segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam […]