Israel anjur pesta arak di tanah perkuburan bersejarah Islam

RAMALLAH, 1 Sept.  – Israel telah meluluskan rancangan untuk mengadakan festival arak di tanah perkuburan Islam Baitumuqaddis yang diadakan sejak semalam sehingga hari ini. Tanah perkuburan Islam Maamanallah itu adalah makam perkuburan bersejarah di Jerusalem, namun ia telah ditukar sebagai sebuah taman oleh Israel. Aktivis Palestin, Mazen Abu Qalbain berkata, festival yang dianjurkan oleh Israel […]

China haram tayangan TV unsur Barat

BEIJING, 1 Sept.  – Kerajaan China mewujudkan satu garis panduan baharu dengan mengharamkan rancangan dan iklan yang mempromosikan budaya Barat. Pengharaman tersebut juga merangkumi sebarang unsur jenaka mengenai tradisi China. Agensi berita Xinhua melaporkan, setiap iklan yang disiarkan sekiranya mempunyai unsur ymempromosikan rokok, meminum arak, pergaduhan dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat adalah tidak dibenarkan. Selain […]

Kelonggaran mohon sijil halal

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memberi kelonggaran kepada usahawan bumiputera Islam untuk memohon sijil halal bagi produk mereka. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bahagian Hab Halal Jakim perlu meneliti perkara itu kerana bilangan usahawan beragama Islam yang memiliki sijil halal hanya 32 […]

Teks ucapan Multaqa Belia dan Ilmuan Muda

   MULTAQA BELIA DAN ILMUAN MUDA berlangsung di HOTEL BANGI-PUTRAJAYA, BANDAR BARU BANGI pada 28 OGOS 2016 (AHAD)     بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين وبه نستعي والصلاة والسلام على سيّدنا محمد وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه الى يوم الدين   Segala pujian serta syukur dipanjatkan kepada Allah SWT […]

Roadshow Dakwah 2.0: Dakwah santai dekati anak muda

KUALA TERENGGANU 1 Sept. _ Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Timur bersama beberapa agensi lain dan badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan program Roadshow Dakwah 2.0 bertempat di KT Walk, Kuala Terengganu pada 2 September ini. Eksekutif Yadim Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, program ini diadakan dalam bentuk hiburan santai berinformasi dakwah yang […]

Islam amat memuliakan wanita

 oleh Hayati Zari ORANG yang membaca sejarah Islam dan meneliti kedudukan wanita dalam syarak akan sedar betapa mulia­nya kaum hawa ini di sisi Islam. Namun para orientalis Barat dan juga mereka yang tidak faham mengenai Islam mendakwa bahawa Islam adalah agama yang kolot yang memenjarakan serta mengikat kebebasan wanita dan tempat wanita hanya di rumah. […]

Program FMD beri kesan positif

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Program Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah banyak membantu kerajaan dalam bidang dakwah dan ia seharusnya diperkemaskan lagi termasuk menjadikannya sebagai sebuah program tetap keraajaan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada maklum balas yang diterima, program FMD sememangnya diterima dengan baik […]

Polis gagalkan serangan Daesh pada Ambang Merdeka

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Pihak polis menggagalkan cubaan melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka dengan penahanan tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota Daesh. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 27 tahun ditahan di ibu negara, Selangor dan Pahang menerusi operasi yang dijalankan Bahagian Counter […]

PBB gesa umat Islam Rohingya diberi kewarganegaraan

NAYPYIDAW, 31 Ogos – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa penduduk Islam Rohingya di Myanmar yang tidak mempunyai kerakyatan Myanmar perlu diberi hak kewarganegaraan. Setiausaha Agungnya, Ban Ki-moon berkata, ketika ini ribuan umat Islam Rohingya hidup menjadi pelarian. Katanya, bertahun-tahun mereka di kem-kem di Rakhine kerana melarikan diri daripada keganasan puak majoriti Buddha. “Ini bukan […]

Bangkok buka hotel halal pertama

BANGKOK,  31 Ogos – Thailand yang didominasi penduduk Buddha dilaporkan telah membuka sebuah hotel halal pertama November tahun lalu. Hotel empat bintang, Al Meroz itu dibuka bertujuan untuk menarik pelancong Islam ke negara itu. Al Meroz direka khas mengikut konsep masjid, dilengkapi dengan dua surau dan tiga restoran halal. Pengurus hotel berkenaan, Sanya Saengboon berkata, […]