Pemandu bunyi hon semasa solat Jumaat mohon maaf

JOHOR BAHRU 11 Mei – Pemandu kereta yang membunyikan hon sewaktu solat Jumaat di Surau Austin Perdana di sini minggu lalu sehingga dipukul jemaah surau berkenaan, hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian itu. Pemandu kereta Toyota Camry itu, Toh Chai Eun, 28, yang ditemani abangnya, Toh Chai Chung, 30, membuat permohonan […]
Majlis Syura Ulama PAS batal tahaluf siyasi dengan PKR

BANGI, 11 Mei – Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang hari ini memutuskan hubungan politik tahaluf siyasi antara parti itu dengan PKR, terbatal. Menerusi kenyataan di portal Harakah Daily, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keputusan itu ekoran daripada pelanggaran syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak […]
Tabung Haji lancar Hibah Amanah

KUALA LUMPUR 11 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan produk ‘Hibah Amanah’ bagi membantu lebih sembilan juta pendeposit menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata produk itu dapat membantu mengatasi masalah wang simpanan tidak dituntut selain mengelakkan perebutan harta apabila berlaku kematian. Katanya, pemberian harta […]
Kelantan bendung pengaruh Daesh

Pastikan pelajar pondok tidak ekstrem KOTA BHARU 11 Mei – Kerajaan Pas Kelantan yakin kandungan kurikulum dan pengisian institusi pondok di negeri ini tidak mempunyai elemen yang mempengaruhi pelajarnya kepada fahaman terpesong seperti pengaruh kumpulan militan Daesh. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, institusi pendidikan tradisional di negeri ini dipantau oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) […]
Hukuman hina agama: Wajar contohi ketegasan Indonesia

KOTA BHARU 10 Mei: Malaysia wajar mencontohi tindakan Indonesia menjatuhkan hukuman penjara kepada individu atau pihak yang menghina agama terutama Islam. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, keputusan kerajaan Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok adalah wajar demi menjaga keamanan dalam […]
Ribuan penyokong Ahok membanjiri Balai Kota Jakarta

JAKARTA 10 Mei – Ribuan penyokong membanjiri Balai Kota Jakarta pagi ini sebagai memberi sokongan moral dan melahirkan rasa dukacita kepada Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang dijatuhi hukuman dua tahun penjara atas kesalahan menghina agama. Mereka berhimpun selama kira-kira dua jam sejak enam pagi dan mula menyanyikan lagu patriotik […]
Perkahwinan dengan warga asing diharuskan untuk elak zina

KUANTAN, 10 Mei – Perkahwinan di antara rakyat tempatan dengan warga asing yang dilaksanakan mengikut kehendak hukum syarak khususnya di Pahang, diharuskan bagi mengelakkan perkara bertentangan agama Islam. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, pada masa sama, pasangan itu perlu membuat pengesahan yang diperakukan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memudahkan urusan […]
Anifah kunjungi dua pemimpin Vatican

KUALA LUMPUR 10 Mei: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas dua pemimpin terkemuka Vatican sebagai sebahagian daripada lawatan sulungnya ke Holy See. Menurut kenyataan Wisma Putra, kedua-dua pemimpin Vatican itu ialah Setiausaha Negara kepada Paus, Cardinal Pietro Parolin serta Setiausaha bagi Hubungan dengan Negara-negara, Archbishop Paul Gallagher. Semasa […]
Ahok bersalah, dihukum penjara dua tahun

JAKARTA, 9 Mei – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok hari ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina Islam. Ketua Hakim, Dwiarso Budi Santiarto berkata,Ahok terbukti bersalah melakukan penghinaan terhadap agama Islam. Majlis Hakim sebulat suara menyatakan, tindakan Ahok menggunakan Surah Al-Maidah dalam ucapannya ketika bertemu dengan masyarakat di Tempat Pelelangan […]
EU lega Le Pen tersingkir

– Macron muncul Presiden termuda Perancis, – Janji pulihkan hubungan dengan Eropah PARIS 8 Mei – Kemenangan Emmanuel Macron dalam pilihan raya Presiden Perancis semalam membolehkan Kesatuan Eropah (EU) menarik nafas lega selepas calon berhaluan sederhana itu berjaya menyingkirkan Marine Le Pen yang mengancam mahu membawa keluar negara ini daripada blok terbabit selepas Britain. Kejayaan […]