Kolaborasi YADIM-TLDM menjayakan Bicara Sakinah

PUTRAJAYA 14 April – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berkolaborasi menjayakan siri-siri program Bicara Sakinah di pangkalan-pangkalan TLDM seluruh negara melibatkan anggota tentera dan ahli keluarga mereka. Program berkenaan dikendalikan melalui Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), iaitu salah sebuah majlis yang ditubuhkan oleh YADIM bagi memfokuskan program-program […]

Mencari Keluarga Mithali

ANUGERAH Ibu Mithali sememangnya sinonim dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mewujudkan anugerah ini pada 1980 bagi memberi penghargaan kepada ibu di atas jasa mereka mendidik anak-anak sehingga berjaya dan seterusnya menjadi suri teladan kepada seluruh anggota masyarakat. Sejak mula diperkenalkan, seramai 10 wanita hebat telah dinobatkan sebagai `Ibu Mithali’ dan mereka kekal menjadi […]

Mesir dedah identiti penyerang gereja di Iskandariah

KAHERAH, 14 April – Kementerian Dalam Negeri Mesir telah mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dalam pengeboman bunuh diri di sebuah gereja di Iskandariah, Ahad lalu. Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan berkata, individu itu dikenali sebagai Mohamed Hassan Mubarak Abdullah, 31, dilaporkan tinggal di wilayah Suez. Identitinya ditentukan dengan membandingkan DNA yang masih terdapat di […]

KKMM proaktif kekang penularan militan Daesh – Jailani Johari

MELAKA, 14 April (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil langkah proaktif mengekang penularan militan Daesh termasuk mengenal pasti laman web dan individu yang terlibat dengan gerakan itu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah yang dilaksanakan itu merupakan kerjasama dengan pelbagai kementerian antaranya Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). […]

Dakwah menggunakan pendekatan sosial

JOHOR BAHRU 13 April – Pendekatan dakwah yang pelbagai adalah penting bagi mendekati pelbagai golongan sasaran dan dengan sebab itu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan mencuba pelbagai pendekatan termasuk menganjurkan program-program berbentuk sosial. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, antara pendekatan dakwah yang digunakan termasuk mengadakan program sosial melibatkan sukarelawan […]

Pemimpin kanan Abu Sayyaf dibunuh

MANILA 12 April – Seorang pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf yang mendalangi kegiatan penculikan dan pembunuhan warga asing di Filipina, merupakan antara anggota kumpulan militan itu yang dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan kerajaan, semalam. Mayat Muamar Askali atau lebih dikenali sebagai Abu Rami adalah antara seorang daripada enam anggota militan yang dikenal pasti oleh […]

Trump gelar Bashar ‘haiwan’

WASHINGTON 12 April : Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin menyokong seorang yang kejam di Syria. Dalam wawancara dengan Fox Business Network, Trump menyifatkan Presiden Syria, Bashar al-Assad sebagai ‘haiwan.’ “Menyokong Bashar bukan baik untuk Russia. Ia juga bukan baik untuk kemanusiaan,” kata Trump. Presiden Amerika Syarikat itu berusaha […]

Golongan muda paling ramai muflis di Terengganu

KUALA TERENGGANU 12 April – Sebanyak 2,169 kes muf­lis direkodkan di negeri ini sepanjang lima tahun lalu dengan peratusan tertinggi membabitkan kegagalan melunaskan hutang sewa beli ken­deraan. Ketua Cawangan Jabatan Insolvensi Terengganu, Roslan Ngah berkata, kebanyakan mereka yang berdepan dengan perma­salahan itu berusia dalam lingkungan 25 dan 44 tahun. Beliau menjelaskan, sejak 2013 hingga tahun […]

Arab Saudi akan bina bandar hiburan patuh syariah, lebih besar dari Kuala Lumpur

RIYADH, 12 April – Arab Saudi dilaporkan bakal membina sebuah bandar hiburan awam berkonsepkan patuh syariah di selatan ibu kota Riyadh, dianggarkan lebih besar daripada keluasan Kuala Lumpur. Stesen penyiaran antarabangsa BBC melaporkan, dengan kawasan seluas 334 kilometer persegi itu (berbanding Kuala Lumpur hanya 243 kilometer persegi), ia akan menawarkan pelbagai kegiatan riadah keluarga sekali […]

Program bantuan perubatan di pedalaman

KUCHING 12 April – Di sebalik arus kemodenan di negara ini, masih ada pihak yang tinggal jauh di kawasan pedalaman dan memerlukan bantuan dan perhatian akibat kekurangan dalam beberapa aspek disebabkan jarak penempatan mereka yang jauh. Penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak misalnya, perlu sentiasa didekati dan diberikan bantuan agar mereka tidak terpinggir daripada arus […]