Tempoh tunggu haji dipendekkan 13 tahun

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tempoh menunggu untuk menunaikan haji bagi rak­yat Malaysia kini menjadi 89 tahun iaitu dipendekkan 13 tahun berikutan penambahan kuota haji kepada 30,200 orang tahun ini berbanding 27,900 orang sebelum ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tempoh menunggu kepada 2.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji […]

Kes tipu umrah libatkan kerugian lebih RM10 juta sejak 2012

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Sebanyak 266 kes penipuan pakej umrah dan haji dilaporkan dengan nilai kerugian berjumlah lebih RM10 juta sejak 2012 hingga Februari tahun ini, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Timbalan Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, daripada jumlah tersebut, 95 kes melibatkan agensi pelancongan dan nilai kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM508,500 di […]

Sempat peluk Islam beberapa minit sebelum meninggal dunia

KUALA NERANG 27 Mac – Hasrat seorang remaja untuk memeluk Islam tercapai walaupun hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa minit sebelum meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan di sini, pagi tadi. Mangsa, Azyet Jopilin, 17, dari etnik Rungus yang berasal dari Kampung Teringai Darat, Kota Marudu, Sabah sepatutnya pergi ke pejabat agama di sini […]

Jejak Menara berjaya capai matlamat

PUTRAJAYA 27 Mac – Program Jejak Menara Matrikulasi telah berjaya dilaksanakan secara serentak di 11 lokasi di seluruh negara oleh Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 18 Mac lalu. Pengurus Eksekutif Kemuda, Zamani Karulani berkata, secara keseluruhannya program berkenaan telah mencapai matlamatnya iaitu mendedahkan para pelajar matrikulasi mengenai realiti hidup sebagai […]

Majlis Dakwah Negara tawar jadi orang tengah

KUALA TERENGGANU 25 Mac – Majlis Dakwah Negara (MDN) berhasrat menjadi orang tengah bagi menyatukan perbezaan pendapat antara ahli politik, tokoh agama dan profesional. Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, MDN sebagai sebuah pertubuhan bebas perlu bertindak demikian bagi mengelak berlakunya perselisihan dalam pelbagai isu terutama berkaitan agama. “Kita banyak berbeza pendapat […]

Strategi kukuh pimpinan dakwah

KUALA LUMPUR 20 Mac – Majlis Dakwah Negara (MDN) dan pihak berkuasa dalam negara diharap dapat menyediakan forum khas bagi menyusun strategi kepimpinan dakwah jangka pendek dan jangka panjang dengan selesa dan teratur. Pengerusi Dewan Siswa MDN, Amirullah A Wahab berkata, ia penting supaya mahasiswa Islam boleh bergerak maju dalam melaksanakan misi dakwah dan pemantapan […]

Kunjung hormat Darul Tauhid

PURTAJAYA 22 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima kunjung hormat dari delegasi Darul Tauhid, iaitu sebuah organisasi dakwah dari Indonesia yang bergiat dalam pelbagai aktiviti termasuk perniagaan, pendidikan dan media. Dalam kunjung hormat yang diadakan pada 17 Mac itu, delegasi Darul Tauhid telah diwakili oleh lima orang iaitu Pengurus Cawangan Sumatera DPU, […]

Netizen Mesir puji pelajar Malaysia bersihkan jalan

MANSURAH, 21 Mac – Usaha murni sekumpulan pelajar Malaysia di Mesir membersihkan sampah di lorong-lorong bandar itu menarik perhatian para netizen negara berkenaan di laman sosial. Gambar pelajar Fakulti Pengajian Islam Universiti Al-Azhar, Mesir itu viral di laman Facebook sejak kelmarin dengan jumlah perkongsian sebanyak 3,965 dan ‘Likes’ mencapai sehingga 10,000. Netizen Mesir yang nyata […]

Mufti: Bukan muhrim naik Uber, Grab perlu duduk diam di belakang

PETALING JAYA 21 Mac: Berkongsi kereta melalui khidmat Grab dan Uber melibatkan bukan muhrim masih boleh dikategorikan khalwat, kata Mufti Wilayah Persekutuan, tetapi berkata ia dibolehkan dengan syarat penumpang duduk diam di bahagian belakang kenderaan sekiranya mendapati pemandu berlainan jantina. Menjawab soalan mengenai hukum lelaki dan wanita menggunakan perkhidmatan kongsi kenderaan itu, Datuk Dr Zulkifli […]

Masjid Iowa terima nota ancaman

IOWA 22 Mac – Pemimpin Pusat Islam Des Moines mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk berbincang mengenai nota ancaman yang ditemui dalam kotak surat masjid berkenaan. Dr Samir Shams berkata, beliau menemui nota tulisan tangan itu pagi Ahad lalu. Ia tertera, umat Islam adalah orang ‘keji’ dan Presiden Donald Trump akan ‘melakukan kepada umat Islam […]