Ritual ‘Raja Bomoh’ haram: Fatwa Perak

BANGI, 15 Mac– Upacara pembomohan Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ diharamkan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, sejak 2014, kata Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim. Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan bahawa amalan pembomohan yang dilakukan oleh Ibrahim berlawanan dengan […]
MDN anjur Persidangan Pendakwah Siswa Kebangsaan

PUTRAJAYA 16 Mac – Majlis Dakwah Negara – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MDN-YADIM) akan menganjurkan Persidangan Pendakwah Siswa Kebangsaan pada 18 Mac ini bertempat di Dewan Jumaah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. Pengarah Sekretariat MDN, Kapten (B) Shamsuddin Moner berkata, persidangan berkenaan yang membawa tema ‘Sinergi Pendakwah Siswa, Pencetus Harapan Ummah’ dijangka dihadiri oleh […]
Membantu golongan Saudara Kita

KUCHING 15 Mac – Dalam usaha membantu golongan `Saudara Kita’ dari segi memantapkan penghayatan kepada ajaran Islam serta sokongan dari sudut ekonomi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Penghayatan Islam di dua lokasi di Sarawak. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi berkata, program berkenaan telah diadakan di Kampung Gayau Jasa, Pantu, Sri […]
Program Jejak Menara bermula

PUTRAJAYA 15 Mac – Program Jejak Menara yang mula dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) setiap tahun sejak 2014 lalu, akan diteruskan pada tahun apabila dengan melibatkan 11 lokasi di seluruh negara. Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda), Zamani Karulani berkata, program Jejak Menara kali ini turut mengekalkan kumpulan sasar yang sama seperti tahun […]
Polis kena tegas, siasat betul-betul Raveentharan hina Islam
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pihak polis digesa untuk menyiasat ADUN PKR, Raveentharan Subramaniam secara serius susulan kenyataannya yang menghina Islam. Gesaan itu dibuat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sambil menyifatkan kata-kata Raveentharan sebagai tidak masuk akal. “Apa tujuan dia mengatakan Islam bukan agama keamanan? Dia bercakap tidak guna otak. […]
Pendakwah luar lalui tapisan keselamatan

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pendakwah agama dari luar negara perlu melalui tapisan keselamatan dan diberikan tauliah sementara oleh pejabat mufti negeri sebelum dibenarkan berceramah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sentiasa memastikan penceramah dikenal pasti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak mempromosikan perpecahan […]
Tubuh sekretariat selaras program minoriti Islam

PUTRAJAYA 14 Mac : Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mahu sekretariat ditubuhkan bagi menyelaras program kesihatan dan pembangunan pendidikan kepada golongan minoriti Islam di seluruh dunia. Naib Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, buat permulaan, program itu akan dimulakan terlebih dahulu buat golongan minoriti Islam Rohingya. Beliau yang juga Presiden PAS berkata, pihaknya juga mencadangkan […]
Membina keluarga sakinah

JOHOR BAHRU 14 Mac – Keluarga merupakan instiusi penting dalam sesebuah masyarakat kerana ia merupakan peringkat paling asas dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan terhindar daripada sebarang gejala negatif. Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, justeru itu, pihaknya akan terus memfokuskan program-program sedemikian yang juga selaras dengan […]
2016 tahun terburuk bagi kanak-kanak Syria – UNICEF

DAMSYIK 13 Mac – Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam laporannya menyifatkan 2016 sebagai tahun paling menyedihkan untuk kanak-kanak Syria. Kenyataan itu dibuat berdasarkan pertambahan jumlah kanak-kanak yang didera, dibunuh atau direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas berbanding tahun sebelumnya. Al-Jazeera yang memetik laporan tersebut mendedahkan, sepanjang tahun lalu, sekurang-kurangnya 652 kanak-kanak telah […]
Pemimpin Kesatuan Eropah kritik Turki

BRUSSELS –BELGIUM 14 Mac- Beberapa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dengan lantang mengkritik Turki di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat selepas Ankara cuba mengadakan perhimpunan di rantau tersebut. Terdahulu, Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh Jerman dan Belanda bersikap ‘Nazisme’ selepas rancangan perhimpunan disekat di kedua-dua negara itu. Perdana Menteri, Mark Rutte di Amsterdam menyifatkan tuduhan itu […]