YADIM Sarawak kunjungi ABIM

KUCHING 1 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak pada 23 November lalu, sebagai rangka untuk mengeratkan silaturahim dan melihat bidang-bidang kerjasama di antara dua pihak. Delegasi YADIM Zon Sarawak diketuai oleh Pengurus Eksekutif, Awang Dulhadi Awang Mat dan mereka telah […]

Seminar Pembangunan Islam di Malaysia

KOTA BHARU 1 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program Seminar Pembangunan Islam Di Malaysia pada 13 November lalu bertempat di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas, Kelantan. Program yang dihadiri oleh 500 peserta itu telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menter,  Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B). […]

PBB dakwa lebih 10,000 pelarian Rohingya berada di Bangladesh

DHAKA 30 Nov. – Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk Rohingya dilaporkan telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran kekejaman tentera Myanmar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jurucakap PBB bagi pelarian atau UNHCR, Vivian Tan berkata, situasi berubah dengan cepat dan jumlah sebenar pelarian Rohingya itu mungkin lebih tinggi ketika ini. Walaupun kerajaan Bangladesh dikatakan mula mengetatkan kawalan pintu […]

Turki kutuk Israel haramkan azan guna pembesar suara

ISTANBUL, 30 Nov.  – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, mengutuk Rang Undang-Undang Israel yang mengharamkan penggunaan pembesar suara bagi melaungkan seruan azan. Berucap pada sidang antara Parlimen semalam, Yildrim berkata, tindakan itu menyakitkan hati umat Islam serta menghalang kebebasan beragama. Difahamkan, Rang Undang-Undang berkenaan terpakai kepada semua agama di seluruh Israel bagaimanapun, ramai bimbang ia […]

Satu pihak sahaja perlu untuk tukar agama: Mahkamah diberitahu

PUTRAJAYA, 30 Nov.  – Hanya kebenaran ibu atau bapa diperlukan untuk menukar agama seorang anak bawah umur kepada agama Islam, demikian Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini. Peguam Kanan Persekutuan, Dr Arik Sanusi Yeop Johari berhujah bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan membenarkan agama seseorang di bawah umur 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa atau […]

Rancang perhimpunan besar 4 Disember – TPM

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Satu perhimpunan besar-besaran dirancang diadakan 4 Disember depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presi­den PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ahmad […]

Kaedah terkini lupus abu al-Quran

KUALA TERENGGANU 27 Nov. – Terengganu muncul negeri pertama merintis kaedah terkini bagi menyempurnakan proses pelupu­san abu al-Quran di tengah laut iaitu da­lam bentuk kiub atau bongkah yang ternyata lebih sistematik dan efektif. Pencapaian menerusi sistem inovasi terbaharu itu berjaya menarik perhatian beberapa negeri selain selatan Thailand yang berminat untuk mendapatkan per­khidmatan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa […]

Sikap parti bukan Islam bantah RUU 355 sangat jahil

KOTA BHARU, 27 Nov. – Tindakan parti-parti komponen bukan Islam seperti MCA, Gerakan, MIC sangat mendukacitakan apabila secara lantang menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, penolakan mereka nampak dalam undang-undang sebegini nampak begitu jahil. Katanya, mereka seharusnya memahami […]

Ginella Massa pembaca berita berhijab pertama di Kanada

TORONTO, 26 Nov. – Seorang wartawan televisyen Toronto menjadi pembaca berita Kanada pertama yang memakai tudung Muslim di salah satu penyiar berita utama di bandar itu. Ginella Massa, 29, telah ditugaskan untuk ke udara bagi segmen berita CityNews pada jam 11 malam waktu tempatan minggu lalu dan kemunculannya mencipta sensasi selepas siaran berakhir. Beliau memberitahu […]

YADIM, MAIM kecam Myanmar biarkan Rohingya dibunuh

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) mengecam kerajaan Myanmar yang membiarkan insiden pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di negara itu. Yang Dipertua YADIM yang juga Pengerusi MAIM, Dr Yusri Mohamad, berkata tindakan dan layanan buruk kepada etnik itu mencabul hak asasi manusia dan batas kemanusiaan. Katanya, […]