Home » Citra Yadim » UKM hargai Sahabat YADIM

UKM hargai Sahabat YADIM

Yang Dipertua YADIM (dua dari kanan) ketika menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan kepada ahli Sahabat YADIM di Universiti Kebangsaan Malaysia.

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh Kelab Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY YADIM) di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Prof Ir Dato’ Dr Othman A. Karim berkata, sinergi yang wujud antara pihaknya, SY YADIM serta badan dakwah itu sendiri memudah serta menyebabkan pelbagai program dan kerjasama dapat dijalankan.

“Semoga SY UKM akan terus menyokong agenda pembangunan universiti ini, yang kelak memberi manfaat kepada semua.

“Secara peribadi, saya berharap SY di sini akan sentiasa memberi sumbangan kepada UKM,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Youth Daie 2019 dan Mesyuarat Agong Kelab Sahabat YADIM ke 4 di sini hari ini (23 April).

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz yang menyampaikan ucaptama pada program tersebut, Penasihat SY UKM, Dr Nur A’thiroh Masyaa’il Tan, dan Yang Dipertua SY UKM, Muhammad Zulhafiz Mohd Yusof.

Selain menyampaikan ucaptama, Nik Omar juga sempat memberikan penerangan tentang konsep Rahmatan Lil Alamin serta Rahmah kepada ahli ahli SY UKM yang hadir. Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa mereka akan dapat menggalas tanggungjawab serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik sepanjang berada di institusi pengajian berkenaan.

Nik Omar kemudiannya menyampaikan beberapa anugerah kepada ahli ahli SY yang menunjukkan kecemerlangan ketika bergiat dalam badan tersebut.

Nur A’thiroh pula dalam ucapan pembukaannya mengucapkan terima kasih kepada ahli ahli SY yang hadir kerana sentiasa menunjukkan komitmen yang baik.

“Saya tidak menyangka majlis malam ini akan dapat sambutan yang cukup menggalakkan, malah jika dilihat di kalangan hadirin, terdapat juga mereka yang bukan pelajar UKM, ada guru guru yang hadir sama.

“Majlis malam ini juga dikunjungi oleh para pelajar yang bukan Muslim, justeru tahniah saya ucapkan kepada SY UKM,” ujar beliau.

Katanya lagi, beliau percaya usaha YADIM untuk berdakwah menggunakan konsep Rahmatan Lil Alamin secara menyeluruh akan berkesan dan tempiasnya akan turut dinikmati SY di UKM.

Lebih 100 peserta hadir pada majlis ini, yang diadakan di Auditorium Siswa, UKM.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *