Home » Citra Yadim » Kemuda Crew johan Anugerah Inovasi Dalaman YADIM

Kemuda Crew johan Anugerah Inovasi Dalaman YADIM

Yang Dipertua YADIM (kiri) menyampaikan hadiah kepada johan AIDY, En Sabir Abdul Ghani (tengah) yang mewakili Kemuda Crew. Turut kelihatan Timbalan Yang Dipertua YADIM (kanan).

PUTRAJAYA – Kemuda Crew yang membentangkan Projek Sumbangan Kasih (PSK) telah dipilih sebagai Johan Anugerah Inovasi Dalaman Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (AIDY) 2018.

Projek berkenaan mensasarkan untuk meningkatan kos pendapatan sumbangan infaq yang melibatkan warga kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menggunakan projek  ini juga mampu meminimumkan tenaga kerja mencari dana kerana ia memanfaatkan kuasa media sosial dan konvensional.

PSK menggunakan e-book dan juga QR code yang sedia ada dalam organisasi YADIM.  Setiap kali QR code di imbas untuk sumbangan infaq, hadiah berbentuk e-book akan diberikan berdasarkan kadar amaun yang telah di sumbangkan.

Kemuda Crew dianggotai oleh En Sabir Bin Abdul Ghani,  Cik Nor Shahida Binti Khalid,  Cik Siti Zulaiha Mohamad Baseri, Puan  Fauziah Samat dan Cik Siti Balqis Mohd dari Bahagian Bahagian Kepimpinan Muda. Selaku johan, mereka menerima hadiah wang tunai RM1,500, sijil penyertaan serta baucer Pizza Hut bernilai RM200.

Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz sempena perhimpunan bulanan YADIM hari ini (24 April 2019). Hadir sama ialah timbalan beliau, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, kepimpinan tertinggi serta kakitangan YADIM.

Pembentangan AIDY 2018 telah dilaksanakan pada 19 Disember 2018 di Bilik Latihan YADIM di sini. Panel penilai terdiri daripada Cik Sujata A/P Muniandi, Perunding Latihan Kanan dari Institut Tadbiran Awam Negara, En Khairrul Fuad Samsuddin (kini Pengarah  Institut Latihan Dakwah Yadim  dan Puan Suhaila Sahibul Ghani (kini Pengarah Kanan Sektor Pengurusan).

Pemenang tempat kedua ialah  Yadim Zon Selatan dengan projek Dakwah Non Muslim : Mengurangkan  Salah Faham Islam Di Kalangan Masyarakat Bukan Islam, manakala tempat ketiga ialah Bahagian Komunikasi Korporat yang membentangkan E-Creative Store, iaitu pelaksanaan penyimpanan data dalam pelbagai bentuk sama ada audio atau visual.

Yadim Zon Selatan membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil penyertaan dan baucer Pizza Hut RM200, manakala Bahagian Komunikasi Korporat menerima wang tunai RM500, sijil penyertaan dan baucer Pizza Hut RM200.

AIDY merupakan sebuah inisiatif Unit Audit dan Kualiti untuk memupuk budaya mencipta inovasi bagi menambah baik kualiti serta melicinkan proses kerja dakwah.

Sementara itu,  Nik Omar dalam ucapannya melahirkan terima kasih dan tahniah kepada Sektor Pengurusan atas penganjuran perhimpunan hari ini. Beliau berharap supaya program program bulanan yang diatur akan dapat mencapai matlamatnya.

Beliau juga memaklumkan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM akan berbincang mengenai beberapa usaha untuk memperkasakan kebajikan kakitangan badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *