Home » Langit Terbuka » Umat Islam AS bimbang tarikh sambutan Aidiladha 9/11

Umat Islam AS bimbang tarikh sambutan Aidiladha 9/11

WASHINGTON, 2 Sept. – Umat Islam Amerika Syarikat (AS) bimbang Aidiladha yang bakal disambut 11 September ini akan disalah tafsir sebagai menyambut ulang tahun ke-15 serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York dan di Pentagon.

Sentimen Islamofobia memanaskan keadaan setelah mendapati sambutan Aidiladha serentak dengan tarikh berlakunya tragedi 11 September.

Namun, Presiden Pusat Islam Long Island, Habeeb Ahmed mengeluarkan amaran untuk bersiap sedia menerima spekulasi orang lain yang menyalah tafsir sebagai perayaan ulang tahun serangan itu yang meragut hampir 3,000 nyawa.

Kawalan pasukan keselamatan New York diperkatatkan berikutan pembunuhan seorang imam dan pembantunya serta kes tembakan di San Bernardinom.

Pengarah Hal Ehwal Kerajaan di Majlis Perhubungan Amerika-Islam, Robert McCaw berkata, mereka memperingati tarikh 11 September bukan kerana mereka umat Islam, tetapi kerana mereka rakyat Amerika dan mereka turut bersedih seperti orang lain. – Agensi

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *