Home » Langit Terbuka » Umat Islam Malaysia rai Aidilfitri pada Rabu

Umat Islam Malaysia rai Aidilfitri pada Rabu

Syed Danial Syed Ahmad. - Foto Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mengisytiharkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidillfitri pada Rabu ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu turut disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *