Home » Citra Yadim » Umat Islam perlu ambil berat perpaduan ummah

Umat Islam perlu ambil berat perpaduan ummah

Sebahagian daripada penduduk yang hadir.

SUNGAI PETANI – Masyarakat Islam perlu mengambil berat mengenai perpaduan ummah kerana ia merupakan tuntutan agama, kata pendakwah, Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Sembang Dakwah di Masjid Permatang Bogak, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13 Februari lalu yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak

Menurutnya, dalam ajaran Islam, usaha-usaha membina perpaduan ummah adalah satu perkara makruf manakala perbuatan yang mendorong kepada perpecahan adalah perkara keji atau mungkar.

“Oleh yang demikian umat Islam tidak boleh terlibat dalam perkara-perkara yang membawa perpecahan ini sebaliknya berusahalah mengeratkan perpaduan sesama Muslim kerana itulah yang dituntut dalam agama,’’ katanya.

Beliau berkata, Islam adalah agama berkasih sayang dan umatnya dianjurkan untuk berkasih sayang di antara satu sama lain.

Katanya, keharmonian hidup bermasyarakat tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan kasih sayang dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang berada dalam masyarakat.

“ Masyarakat kita harus mengamalkan cara hidup Islam yang mulia ini sebelum kita mengharap orang lain dapat mengamalkannya,’’ katanya.

Program Sembang Dakwah diadakan dengan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Kampung Bogak bertujuan menyampaikan ilmu agama melalui pendekatan secara langsung kepada masyarakat.

Seramai lebih 100 penduduk kampung hadir dalam program berkenaan yang bertemakan ‘Kasih Sayang Tunjang Perpaduan Ummah’.

Program ini diadakan dengan harapan melahirkan para belia dan masyarakat cintakan ilmu agama dan mempunyai jati diri Muslim seiring dengan kehendak agama Islam.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *