Home » Langit Terbuka » Umrah: Menteri Agama gesa siasat pendakwah bebas

Umrah: Menteri Agama gesa siasat pendakwah bebas

YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika berucap di Majlis Penyampaian bantuan Banjir kepada warga agensi agama yang terkesan dengan bencana banjir - Foto YADIM

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyiasat seorang pendakwah bebas yang mendakwa membawa jemaah tidak lengkap syarat vaksinasi untuk menunaikan umrah.

Beliau yang kesal dengan perkara itu berkata kejadian tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana antara syarat untuk menunaikan umrah mestilah lengkap divaksinasi dengan vaksin yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Saya amat kesal kalau berlaku perkara seperti begitu sedangkan syarat telah ditetapkan mesti fully vaksin (lengkap divaksinasi).

“Macam mana mereka boleh lepas ke sana (Makkah)? Pihak bertanggungjawab kena siasat macam mana mereka boleh terbolos ke sana,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM338,000 kepada 338 kakitangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjadi mangsa banjir di sini pada 11 Januari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengakuan pendakwah terbabit yang membawa jemaah umrah tanpa vaksinasi.

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas didakwa menerusi Instagramnya tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dia membawa jemaah yang tidak lengkap divaksinasi  menunaikan umrah, serta mengaku bahawa beliau sendiri turut tidak menerima vaksin MM.

Difahamkan MM merujuk kepada vaksin Meningococcal dan Meningitis yang menjadi syarat ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah umrah di seluruh dunia.

Sementara itu, Idris turut menasihatkan mana-mana pendakwah bebas supaya tidak menyampaikan sesuatu ilmu yang bukan menjadi kepakaran mereka dan menyarankan agar menyerahkan urusan itu kepada yang ahli.

 “Saya sendiri tidak bercakap bab kesihatan dan saya percaya pakar perubatan kerana dalam agama kita diajar untuk bertanya kepada orang yang tahu jika kamu tidak tahu,” katanya. – Harakah Daily

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *