Home » Langit Terbuka » UniSZA bakal guna sistem wakaf bangunkan universiti

UniSZA bakal guna sistem wakaf bangunkan universiti

KUALA NERUS, 1 Ogos – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menjadi sebuah universiti yang menjalankan sistem wakaf menggunakan konsep sama seperti Universiti Al-Azhar bagi pembangunan dan mengurangkan kos pengurusan universiti berkenaan.

Ahli Lembaga Pengarah Unisza merangkap alumni universiti itu, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata usaha tersebut selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan Tinggi yang menggalakkan pihak universiti mencari sumber dalaman untuk menampung kos pengurusan.

“Langkah ini adalah untuk merancakkan lagi aktiviti-aktiviti dan membuka peluang pada masyarakat Islam untuk sama-sama berwakaf.

“Ini kerana kita dapati masyarakat kita sekarang sudah mula sedar bahawa daripada kekayaan yang kita miliki adalah bukan hak kita tetapi terdapat hak kepunyaan orang lain, dan kita dapat menyerahkannya dalam bentuk zakat, sedekah dan juga dalam bentuk wakaf.

“Wakaf ini juga merupakan gelombang ketiga ekonomi untuk kita memajukan ekonomi Islam, bertepatan dengan usaha untuk memperkasakan sistem wakaf di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Unisza di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor Unisza, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Wan Ismail berkata, bagi melaksanakan sistem wakaf tersebut Unisza akan menjalin kerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi mewujudkan dana wakaf untuk pembangunan di Unisza. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *