Home » Langit Terbuka » Usul tidak ada kaitan dengan bukan Islam’

Usul tidak ada kaitan dengan bukan Islam’

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal apabila Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dihentam dan dikritik pelbagai pihak terutama bukan Islam.

Menurut Abdul Hadi ketika menyampaikan ucap bahas mengenai RUU tersebut di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, semua pihak sepatutnya menerima perkara termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Difahamkan, perkara itu termasuk Jadual 9 yang berkait dengan urusan agama Islam di peringkat negeri adalah undang-undang membabitkan penganut agama Islam sahaja.

“Usul yang saya mahu bangkitkan adalah berkenaan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam, tiada kaitan dengan bukan Islam.

“Apabila saya bangkitkan usul ini, mengapa timbul salah faham antara satu sama lain. Kita mahu perkara berkaitan penganut Islam diberi kepada orang Islam, sama ada di peringkat kerajaan atau pembangkang.

“Tidak sepatutnya timbul isu yang boleh menyebabkan ketegangan, malah media juga boleh berperanan dengan baik dan sihat ununtuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu,” katanya ketika membahaskan RUU itu di sini, hari ini.

https://www.sinarharian.com.my/

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *